Td dok belek2 newspapers lama tiba2 terbaca ttg kes bdk yg terpaksa myerahkan anak2 mereka tanpa bapa kpd org lain. Aku tahu yg bdk2 ni pernah buat salah sbb terlmpau mngikut kata hati n boyfriends masing2 tp aku rasa diaorg patut diberi peluang kedua untuk hidup n meneruskan hidup bersama anak2 mereka ni wpun berbinkan Abdullah. Majoriti dpd mereka ni NAk sgt jaga anak masing2 tp masalahnya keluarga bdk2 ni sendiri melarang mereka melihat, menyentuh n mengusukan anak mererka sendiri. Sedihnya bila aku baca bab2 ni. Mgkin keluarga diaorg marah n malu ngan tindakan mereka mngandung tanpa suami. Tapi aku rasa diaorg patut diberi peluang untuk menjaga n membesarkan anak dgn air susu n tangan mereka sendiri. Benda yg berlaku tetap berlaku, kita patut tolong bdk2 pmpuan yg terlanjur ni blik ke pangkal jln. Sepnjg hidup diaorg nanti mesti diaorg tercari-cari anak yg telah diberi ke org lain tanpa sempat diaorg susukan n tengok. Masyarakat pun jgnlah asyik nak mencemuh jer, bdk2 mcm ni aku rasa perlukan bimbingan kita. At least diaorg tak gugur @ buang anak merata-rata n disebabkan inilah aku sedih bila ader family yg mlarang bdk2 ni tuk bela anak sendiri. Sejahat-jahat mak pun di tetap SYG anak dia, maner ader mak yg tak syg anak kecualilah tengah meroyan. Aku pun tak setuju ngan tindakan bdk2 ni mgandung tanpa nikah. Tapi perbuatan untuk menghalang mereka dpd menatap n membela anak sendiri mmg aku tak setuju. Hubungan mak ngan anak adalah hubungan smpai bila2. Kita tak berhak putuskan hbngan yg terjalin, kita kena ingat taraf seorg ibu tu sgt HEBAT n tak terjangkau dek akal wlau aper pun pekerjaan ibu tu. Dlm bdn anak tu ader darah siiibu. Biarlah diaorg bela anak tu sbb aku yakin org2 yg pernah melakukan kesalahan lebih baik akhlaknya bila diaorg insaf berbanding org yg tak pernah buat kesalahan. Berilah peluang kedua tuk bdk2 ni membina hidup mereka sendiri disamping anak yg mereka sayangi. Jgnlah menghukum bdk2 ni ngan memberikan anak kandung mereka kpd org lain. org lain tu blum tentu bleh berikan kasih syg sepenuhnya kpd anak2 bdk2 ni. Ngerila bila aku fikirkan yg anak budak-2 ni mgkin dibela ngan cara tak betul n didera. Mak maner yg tak sygkan anak, aku tengok Wardiah kembung sbb aku slah makan pun aku dah nangis mcm Wardiah tu sakit teruk, hsbnd aku siap pujuk aku sbb aku nangis mmg sgt teruk. Aku ni mmg over bab2 ni, baru jd mak mmgla mcm ni. Takpe ni pngalaman anak pertama, dpt anak kedua nanti at least aku dah tahu aper yg bleh dimakan n aper yg tak leh. Hormatilah peluang kedua mereka. Ni hanyalah pendapat aku sajer n tak semestinya betul, semua org ader pndpt masing2kan.
No comments:
Post a Comment