Tuesday, January 12, 2010

BESTnya


Seronok sgt bila kitaorg tengok gigi pertama Wardiah. Kitaorg baru perasan gigi tu td masa g klinik. Haha maksudnya gigi wardiah dah start tumbuh masa umurnya 4 bln lbih sbb hari ni genapla umurnya 5 bln. Sblm ni aku x perasan plak patutla asyik menggigit jer. Skrg Wardiah dah rajin meniarap, x sbr kitaorg nak tengok perkembangn dia yg lain.

Sunday, January 10, 2010

DULU n SEKARANG

Dulu aku slalu tanya mak aku knp mak aku bleh lahirkan kami 7 org wpun mak aku kata bersalin ni sakit. Tp skrg bila dah mpnyai anak aku sendiri, baru aku fhm perasaan mjdi seorg ibu. Kesakitan sewaktu bersalin n alahan sewaktu mgandung seakan2 tak pernah wujud bila mlihat anak didepan mata. Tipulah klau aku ckp aku tak pernah stress sewaktu awal2 bersalin dulu, stress aku bkn dsbbkan sakit bersalin @ sakit kena jahit tp sakit slepas bersalin. aku tak leh jln sbb tekanan pada anus aku. Bykanlah, kesakitan yg aku rasakan itu lbih sakit dpd sakit bersalin n semua benda aku tak leh buat sbb sakit. Sakit tuk bersalin pun tak selama ni, aku sakit nak bersalin pun 20 minit jer. Waktu sakit kat anus tu mental n fizikal aku mmg terganggula. Tp skrg prkara tu dah berbulan pergi n seakan tak terasa bila mlihat Wardiah. Aku tak pernah rasa yg anak ni myusahkan hidup aku walau aper pun cabaran n prgainya sbb aku percaya kpd keberkatan rezeki yg Tuhan berikan. klau mak aku bleh jaga kami adik-beradik knp aku tak lehkan. Tahun 2010 ni aku ingin jalaninya ngan semngat n azam yg baru. Aku nak jd org yg positif n klau bleh aku nak jauhkan unsur2 negative. Skrg ni hidup lbih bermakna n bermatlamat. Semua perkara yg dilakukan untuk kesenangan anak2 kami nanti. Pngalaman yg ader ni akan aku jdkan pedoman untuk kami meneruskan hidup ni. Kesilapan n kegagalan yg dulu akan aku simpan agar ia mjdi peringatan yg ckup berguna. Manusia belajar dpd kesilapan, kesilapan n kegagalan yg dulu adalah guru yg terbaik. Bkn senang nak jd senang tp bukan susah nak jd susah. Aku harap 2010 ni memberi aku sinar yg ckup baru, ader tanggungjawab yg perlu digalas n disempurnakan sbgai seorg Islam, isteri, ibu, anak, kakak n kpd diriku sendiri. Sbgai manusia aku mmg sgt x perfect, tp aku harap agar tahun ni dpt merubah aku mjdi sesuatu yg baru.

Saturday, January 9, 2010

PELUANG KEDUA

Td dok belek2 newspapers lama tiba2 terbaca ttg kes bdk yg terpaksa myerahkan anak2 mereka tanpa bapa kpd org lain. Aku tahu yg bdk2 ni pernah buat salah sbb terlmpau mngikut kata hati n boyfriends masing2 tp aku rasa diaorg patut diberi peluang kedua untuk hidup n meneruskan hidup bersama anak2 mereka ni wpun berbinkan Abdullah. Majoriti dpd mereka ni NAk sgt jaga anak masing2 tp masalahnya keluarga bdk2 ni sendiri melarang mereka melihat, menyentuh n mengusukan anak mererka sendiri. Sedihnya bila aku baca bab2 ni. Mgkin keluarga diaorg marah n malu ngan tindakan mereka mngandung tanpa suami. Tapi aku rasa diaorg patut diberi peluang untuk menjaga n membesarkan anak dgn air susu n tangan mereka sendiri. Benda yg berlaku tetap berlaku, kita patut tolong bdk2 pmpuan yg terlanjur ni blik ke pangkal jln. Sepnjg hidup diaorg nanti mesti diaorg tercari-cari anak yg telah diberi ke org lain tanpa sempat diaorg susukan n tengok. Masyarakat pun jgnlah asyik nak mencemuh jer, bdk2 mcm ni aku rasa perlukan bimbingan kita. At least diaorg tak gugur @ buang anak merata-rata n disebabkan inilah aku sedih bila ader family yg mlarang bdk2 ni tuk bela anak sendiri. Sejahat-jahat mak pun di tetap SYG anak dia, maner ader mak yg tak syg anak kecualilah tengah meroyan. Aku pun tak setuju ngan tindakan bdk2 ni mgandung tanpa nikah. Tapi perbuatan untuk menghalang mereka dpd menatap n membela anak sendiri mmg aku tak setuju. Hubungan mak ngan anak adalah hubungan smpai bila2. Kita tak berhak putuskan hbngan yg terjalin, kita kena ingat taraf seorg ibu tu sgt HEBAT n tak terjangkau dek akal wlau aper pun pekerjaan ibu tu. Dlm bdn anak tu ader darah siiibu. Biarlah diaorg bela anak tu sbb aku yakin org2 yg pernah melakukan kesalahan lebih baik akhlaknya bila diaorg insaf berbanding org yg tak pernah buat kesalahan. Berilah peluang kedua tuk bdk2 ni membina hidup mereka sendiri disamping anak yg mereka sayangi. Jgnlah menghukum bdk2 ni ngan memberikan anak kandung mereka kpd org lain. org lain tu blum tentu bleh berikan kasih syg sepenuhnya kpd anak2 bdk2 ni. Ngerila bila aku fikirkan yg anak budak-2 ni mgkin dibela ngan cara tak betul n didera. Mak maner yg tak sygkan anak, aku tengok Wardiah kembung sbb aku slah makan pun aku dah nangis mcm Wardiah tu sakit teruk, hsbnd aku siap pujuk aku sbb aku nangis mmg sgt teruk. Aku ni mmg over bab2 ni, baru jd mak mmgla mcm ni. Takpe ni pngalaman anak pertama, dpt anak kedua nanti at least aku dah tahu aper yg bleh dimakan n aper yg tak leh. Hormatilah peluang kedua mereka. Ni hanyalah pendapat aku sajer n tak semestinya betul, semua org ader pndpt masing2kan.

Friday, January 8, 2010

PEDOMAN

"Kematian itu datang menjemput kita pada bila-bila masa. Hanya Allah yg mengetahuinya. Dengan itu, janganlah sekali-kali kita menuruti hawa nafsu. Siapa tahu, sewaktu kita sedang melakukan kejahatan, pada waktu itulah MAUT datang menjemput kita. Nauzubilllah, semoga Allah sentiasa menjaga kita dan memberikan kematian yang baik kepada kita"


-Petikan dpd Dahsyatnya Doa Ibu-


Smlm aku smbung blik baca buku ni, mmg insaf baca ni n benar2 mengingatkan aku ttg kematian. Bukan senang nak buat baik sbb byk betul halangan n cabaran. Aku berdoa sgt, klau sekiranya sudah smpai waktunya nyawa aku untuk dicabut, biarlah aku pergi dgn penuh amal kebaikan n bknnya dosa. Takutnya la diseksa dlm kubur n akhirat. Semoga Tuhan kurniakan kita keteguhan iman dan jauhkan kita dpd mjdi org yg sia2.


Ibu Yang Berjaya Selalu Memberi Teladan


1. Selalu mendoakan kebaikan untuk anaknya

2. Selalu bersyukur kpd Allah apbila memperoleh kenikmatan

3. Bersabar sewaktu mnghadapi musibah dan kesusahan

4. Tawakal dlm melaksanakan sbrg pekerjaan

5. Selalu bermusyawarah dlm mnyelesaikan masalah

6. Saling tolong-menolong dlm kbaikan

7. Segera bertaubat apabila terlanjur membuat dosa

8. Mengeratkan silaturahim antara keluarga ibu dan bapa

9. Sentiasa berbaik sangka kpd Allah dan kepada sesiapa shj

10.Selalu mendirikan solat berjemaah dan mgerjakan solat tahajud

11. Saling memberi dan meminta maaf apabila rasa bersalah


Mudah-mudahan anak yg selalu melihat kebaikan ibunya mencontohi sikap dan perbuatan baik ibunya itu.


-Dahsyatnya Doa Ibu-

Wednesday, January 6, 2010

BUKU YG MENARIK


Buku ni mmg BEST n MENARIK. Byk cerita berbentuk teladan utk kita n bila baca buku ni terasa insaf sgt n kagum dgn kehebatan doa ibu. sblm ni pun aku rasa semua org tahu ttg kehebatan doa ibu tp bila kita baca buku ni kita akan dpt byk ILMU yg sgt berguna.
Sinopsis buku ni:
Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah2 benar, ayat2 Quran serta hadis2 yg mjdi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yg mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak2 dalam sekelip mata sahaja.
ps/Thanks Kak B n En K kerana mperkenalkan n mghadiahkan buku ni.

Tuesday, January 5, 2010

PERINGATAN UNTUK DIRIKU

Azam dlm thn baru ni byk n klau bleh nak kehidupan n masa depan yg lbih mantap dpd thn 2 sblmnya. Byk benda yg terbengkalai sblm ni akan aku usahakan thn ni, semoga TUHAN memudahkan segala usaha kami. Sblm ni tak pernah ader azam, tp thn ni lain dpd thn2 sblmnya, aku ingin mengejar cita2ku/kami yg lama terkubur n tak tertunai. Dlm mngejar kesemuanya tu aku kenala ingat kan diri aku ttg bbrp perkara antaranya:



1. Kalau aku susah ader ramai lg yg susah. Aku sepatutnya bersyukur dgn aper yg aku ader. Bersusah-susah2 dahulu bersenang-senang kemudian. Susah ni dtg dlm pelbagai bentuk n cara jd aku kena tabah n sabar.

2. Klau aku kecewa rmai lg yg teruk kecewanya dpd aku.

3. Rezeki akan dtg dlm pelbgai bentuk n cara, aku kena sbr n tak boleh gopoh.

4. Tak semestinya semua yg aku idamkan akan dpt. Alhamdullilah hasrat utk bersama org yg tercinta termakbul. Ia adalah hadiah/perkara yg terbaik dlm hidupku.

5. Kena byk bersabar n tekun.



Semoga semuanya berjln ngan lancar thn ni, semoga aper yg kami impikan termakbul. Tak lupa jgk, semoga thn ni membawa kebahagiaan yg tak ternilai kpd kami n kpd anda semua. semua org mngimpikan kebahagiaan n kesenangan, jd sama2 lah kita berdoa :)