Tuesday, May 26, 2009

MENCINTAIMU

Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Setia menanti
Walau di hati saja...
Seluruh hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Reff:
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya...
Teramat berarti di hatiku
Selamanya...

Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Assalammualaikum

Hello friends, nmpaknya semua org tengah sibuk ngan registration bdk2 baru. Bagus2 teruskan usaha anda demi kepentingan kita bersama :)

Friday, May 22, 2009

Assalammualaikum

Assalammualaikum friends, slmt pagi. sajer jer nak update blog :) Selalunya. . . aku mmg tak tahu nak update aper tu la kdg post jer aper yang ada.

Wednesday, May 20, 2009

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DGN LANCAR

Aku berdoa sgt semoga semuanya berjalan ngan lancar. Mak aku ckp bersalin ni umpama separuh diri kita ni menuju kpd kematian. Jadi spnjg proses kehamilan ni, ibu2 yang mengandung patut mempersiapkan diri dgn amalan. Mcm2 benda boleh terjadi pader waktu tu. Takut pun ader bila aku dengar, tapi aku akan cuba untuk tidak memikirkannya. Yang penting kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakal kpdNYA. Mcm ustazahla pulak aku ni. Mcm2 pengalaman yang aku dengar dpd kwn2 aku. Pengalaman dpd mereka yang berpengalaman mmg berguna bagi aku. Sbb wpun situasi kita mgkin berbeza tetapi berpandukan pengalaman org lain kita boleh mempersiapkan diri utuk segala kemungkinan yang ader. Aku berdoa sgt spaya anak yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna. Semoga semuanya berjalan ngan lancar. AMIN

Pantang Larang

Sebelum aku kahwin, aku byk dengar pantang larang yang diguna pakai oleh masyarakat kita dlm kehidupan harian mereka. Kdg2 hal2 yang berkaitan pantang larang ni mjdi satu isu krn adakah ianya masih relevant untuk dijadikan panduan hidup. Cakap sajer pantang larang, mcm2 akan kita fikirkan. Malah kita tak terkecuali dlm bab2 pantang larang ni especially bila kita nak kahwin ataupun mengandung. Masa dekat2 nak kahwin dulu, ader org ckp ngan aku kalau boleh jgnla kerap jumpa nanti basi sbb dah selalu sgt jumpa. Aku senyum jer waktu tu. Tak tahula nak ckp aper, sbbnya kitaorg mmg dah 8 thn berkawan, jadi aku rasa bkn dah takat basi dah tapi tahap batu sungai pun sbb kerap berjumpa utk uruskan mcm2 hal. Apa pendapat korang ttg isu pantang larang ni, aku bknla arif sgt tetapi sekadar untuk menambahkan ilmu.

Mengimbau Kenangan Lalu


Cakap pasal kenangan, mcm2 yang aku ingat. Tapi kenangan yang tak boleh aku lupa adalah sewaktu perkahwinan aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar wpun mgkin ader kekurangan disana sini tapi aku puas hati dgn segala perjalanannya. Seronok sgt bila sanak saudara dpd Perak, Pulau Pinang, Kl, n Terengganu sanggup dtg beramai-ramai memeriahkan majlis aku. Mgkin sbb aku cucu sulung n anak saudara sulung jadi diaorg excited nak dtg. Wpun ader yang tak sihat, tapi diaorg gagahkan jgak utk dtg. Terharu aku bila ramai kwn2 yang sudi dtg tak kirala jauh atau dekat ke majlis aku. Students pun ader yang dtg :) . Ayah, mak n mak tiri aku tak menang tgn melayan tetamu. Hadiah mmg byk aku dpat, n ader yang aku tak pakai lagi. Tak tahu bila nak guna. Byk sgt. Tapi hadiah yang paling aku suka adalah baju pernikahan dpd my parents. Bukan harganya yang membuatkan aku sukakan baju tu, tapi baju tu ader sentimental value yang dtgnya dpd parents aku. Aku beli kain lace tu kat Jakel Jln TAR. Aku sajer2 je cuba, tengok2 mmg cantik n kebetulan mak aku pun berkenan. Tanpa berfikir 2 kali mak aku terus suruh org tu bungkus kain tu. smpai skrg setiap kali aku bukak almari baju, aku mesti tengok baju nikah aku, mcm baru smlm jer nikah :)

Monday, May 18, 2009

6 BULAN LEBIH DAH . . .


Aku pun tak sangka yang kandungan aku ni dah sampai 6 bln lebih. Ader kata perut aku kecik tapi ader kater perut aku besar. Entahla, aku pun tak tahu mana yang betul. Yang penting aku amat suka dgn pembesaran perut aku ni. Bulan2 terindah ni mcm2 aku rasa excited, nervous, happy dan mcm2 lagi. Aku rasa semua bakal ibu dan para ibu akan rasa sama mcm aku. So far sbgai bkal mama, semestinyala aku mahukan yang terbaik utk baby dlm perut ni. Mcm2 aku mkn asalkan berkhasiat utk baby. Wlaupun tabiat makan aku sama mcm sebelum kahwin (aku mmg terlampau kuat mkn) tapi berat bdn aku sgt susah naik. Mcm2 aku mkn untuk naikkan berat bdn aku, sbb skrg ni berat bdn aku baru 45kg. MMg susah nak naik, kalau Dr nak marah aku, aku tak boleh buat aper sbb sejak dpd dulu bdn mmg susah nak naik. Tak tahu la pas ni mcm maner pulak berat aku, kot2 naik berkilo-kilo. Brg2 baby, adalah sikit aku beli itupun aku guna voucher sogo aritu. Aku dijangka due pada 26/8/09 (Wednesday). Hopefully, semuanya selamat n aku harap sgt agar my husband dapat bersama aku waktu aku bersalin nanti. My husband kan ngajar kat Jengka, so spjg aku mengandung ni aku byk berdikarila wpun kdg2 kena drive jumpa Dr sendiri wpun waktu tu keadaan diri aku tak mengizinkan utk aku drive sendiri. Kebetulan waktu tu, adik-2 aku takder, mak aku pulak tak sihat so nak tak nak aku terpaksa bergantung dan bertawakal pada Allahla spya semuanya selamat. Nasib baik aku dah biasa duk sorang dan buat byk benda sendiri, kalau tak haru biru aku. So far spjg mengandung wpun aku ader jugak alahan tapi aku masih mampu buat kerja2 rumah. Aku ni dpd dulu mmg tak boleh duk diam kdg2 siap cuci kete kalau aku rasa tak tahu nak buat aper. Tapi takder la beria-ia mcm pekerja carwash. Tapi skrg ni aku suruh adik aku jer buat, sbb diaorg lagi tak der kejer nak buat, hehehe. Sepanjg aku mgandung ni, aku lebih suka mkn benda2 manis. Husband aku pulak yang mengidam mempelam, sdgkan my darling ni mmg anti mempelam. Makan mempelam mengalahkan aku. Harap2 semuanya berjln ngan lancar.

Selamat Pagi

Selamat pagi dan Selamat Hari Guru semua.

Tuesday, May 12, 2009

Computer

Knpala computer kat pejabat aku ni tak betul jer. Setiap kali aku save kerja mesti tak boleh. Tolongla, smpai aku tumbuh janggut pun tak siap kerja yang simple ni. Antivirus kat sini pun mcm tak menolong langsung. Tolonggg. . .

Monday, May 11, 2009

My brothers






Entry kali ni aku nak ceter pasal adik2 aku seramai 6 org. Tak rmai yang tahu aku ada 6 org adik laki dan aku adalah anak perempuan sorang kpd parents aku. Ramai org cakap mesti aku bosan sbb aku sorang jer perempuan. Jawapan aku semestinya tak membosankan langsung. Wpun aku takder adik perempuan tapi aku HAPPY sgt dgn adik2 aku. Ada jgk org ckp ko mesti penat sbb kena buat byk benda sbb bdk laki tak tahu buat aper. Jawapan aku, aku tak penat langsung. Masa adik2 aku kecik mmg la aku dan mak aku penat sbb takder saper nak tolong kami buat kerja2 rumah. Tapi tak lama pas tu kerja kami jadi mudah sbb ramai nak tolong. Mak aku dpd kita org kecik mmg dah latih kitaorg buat kerja rumah ni tak kisah la laki ataupun perempuan. Tugas2 seperti memasak, membasuh kain dan pinggan, menggosok, sapu sampah, bersih dapur dan bilik air dan sbgainya mmg dah sebati sejak kecil lagi smpai skrg. Tak seorg pun boleh kata tak tahu buat itu dan ini. Lagipun mak aku tak suka tengok anak-2 laki dia tak tahu buat aper dan biarkan perempuan buat semua benda. Hidup ni kena saling tolong-menolong tak kisahla laki ataupun perempuan. Kiranya aku mmg tak penat sgtla, tugas aku bila adik2 aku makin besar ialah memasak. Diaorg mmg suka kalau aku masak mkanan kesukaan diaorg sprt nasi ayam, nasi tomato,laksa, puding, pengat, bubur lambuk dan mcm2 lagila. Tipula kalau aku kata aku tak garang. Masa adik2 aku kecik aku mmg garang. Tapi bila dah besar jadi mcm kwn tempat utk diaorg meluahkan perasaan. Kdg2 tu diaorg kena jgk marah ngan aku kalau byk sgt main, biasala remaja. Alhamdulillah wpun aku berbadan kecil dan comel :) tapi adik2 aku so far ikut la arahan aku sbgai kakak. Perasaan hormat diaorg tu tetap ada wpun diaorg lebih besar dan gemuk berbanding aku ni. Mgkin disbbkan didikan mak aku dpd kecil spya menghormati kakak tak kisah la kecil mcm maner pun. Adik2 aku ni yang kelakarnya tak boleh tengok akak diaorg sedih atau menangis. Kdg2 diaorg pun boleh menangis sekali. Terharu betul aku. Adik aku no 2 tak boleh tengok aku tak ader duit tuk shopping. Mesti dia ngan rela hati sponsor tu ini, siap tanya berapa aku nak. Aku pulak jenis akak yang suka shopping tersengeh-sengeh la btahu itu ini. Aku sgt sayang kat adik-2 aku ni. Kalau aku sakit diaorg akan jaga aku, sepanjg aku sakit diaorg akan kasi aku mkn ubat, picit kaki aku, lapkan dahi aku bila aku panas, selimutkan aku sampai aku baik dpd sakit. Kdg2 rasa terharu sgt bila tengok betapa prihatinnya diaorg pader aku. Waktu tengah pregnant ni lagila diaorg prihatin. Aku ingat lagi, bbrp minggu lepas aku g UKM naik komuter ngan adik aku no 6. Waktu tu dah la sgt sesak, kitaorg terpaksa berhimpit mengalahkan ikan dlm tin sardin. Masa dlm komuter tu, adik aku siap buat announcement lagi:

Adik aku: Elok2 ea kat sini ada org mengandung.
Aku: Malu campur bangga sbb adik aku ni pandai jaga akak dia.

Disbbkan announcement adik aku, ramai la yang prihatin. Siap ader yang pegang aku, risau aku jatuh. spjg dlm train tu adik aku ni asyik suruh aku jaga perut dan bila dia nmpak seat kosong, dia siap mintak bagi pihak aku.

Alhamdulillah, aku harap kasih sayang antara kami adik-beradik takkan berubah. Diaorg la penghibur aku dpd dulu sampai skrg dan harap2 sampai bila2. Wpun aku ader ramai adik laki, tapi aku tak kisah sekiranya aku ditakdirkan Tuhan dapat byk anak perempuan. Semoga dengan kehadiran anak perempuan ini dapat membentuk aku mjdi mama yang lemah lembut :)

Tuesday, May 5, 2009

Busy

Beberapa hari ni aku sibuk jaga MUET. Tak der masa nak update blog.