Friday, February 20, 2009

PERBEZAAN

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Perbezaan sesama kita kdg2 boleh mengundang pertelingkahan, pergaduhan dan bermulala aksi bermasam muka. Kdg2 mmg susah nak menyesuaikan diri ngan org yang mempunyai perbezaan pndpt dan ragam ngan kita. Mcm aku gak, aper yang aku suka selalunya tak sama ngan aper yang kwn2 aku suka. Kdg2 diaorg kata aku ni pelik sbb selalu suka benda yang diaorg tak suka. Tapi biasa ar tu kan. Kita kan manusia, kalau semua org suka benda yang sama mesti bosan dan hambar betul hidup ini. Mmgla kdg2 aku akui sgt susah untuk kita sesuaikan diri bila kbyakkan benda yang kita minat mgkin tak sama ngan org. Tapi tu semuakan sesuatu yang unik, knp unik ea? Sbb melalui perbezaan, kita sebenarnya lebih mengenali pasangan kita, kwn2, teman2 dan org disekeliling kita. semua manusia mempunyai sisi baik dan buruk masing2kan. Maner ader manusia yang 100 baik. Perbezaan tu jugala yang menyempurnakan kita sbg manusia. Kita memerlukan satu sama lain. Mane ader manusia boleh hidup sorang dlm dunia ni. Semua org memerlukan, keluarga, suami, isteri, teman dan jiran untuk meneruskan hidup. Tanpa mereka semua hidup kita tidak akan lengkap. Melalui perbezaan pendapat dan cara jugalah kita mampu mjdi manusia yang berilmu. Krn perbezaan adalah sesuatu yang subjective, tidak ader salah atau betul.

Mcm aku, aku sgt berbeza ngan pasangan aku yang sorang lagi. Aku seorg yang tak suka aktiviti luar, bersukan adalah aktiviti yang bukan mjdi kegemaran aku sejak azali lagi. Kalau tak bersukan untuk 100 tahun akan dtg pun aku tak kisah. Aku lebih suka duduk kat rumah sambil lepak2 tengok DVD dan aktiviti utama aku adalah shopping. Pasangan aku pulak seorg yang aktif bersukan. Maner la tak aktif bersukan, sejak sek rendah lagi pasangan aku ni mmg aktif masuk pertandingan, tak kisah la sukan aper. Masa kat uitm pun dia ambil degree dlm pengurusan sukan dan sampai skrg dia jadi cikgu sukan. Kalau sehari tak bersukan mesti rasa tak sedap badan. Sukan dan menonton ESPN adalah perkara utama. Wpun begitu, aku tak kisah krn bersukan adalah aktiviti yang sihat wpun hakikatnya aku mmg x sukaaaaa SUKAN. Kdg2 aku teman la jap suami aku g jogging. Tapi tak sampai 5 minit aku dah penat. Kalau boleh aku nak anak2 aku aktif bersukan mcm ayah dia, jgn jadi mcm aku asyik duduk dan menghabiskan duit. Pernah la gak aku bercadang nak daki Gunung Kinabalu masa aku belajar dulu. Tapi mak aku tak benarkan. Mak aku cakap yang dia lebih sanggup tengok aku menghabiskan duit di shopping mall dpd aku hilang entah kemana. Berbalik pada perbezaan. Perbezaan antara kita ni sebenarnya mmg seronok kan. Daripada situ aku byk belajar byk benda especially cara2 yang bagus untuk memilih kasut mengikut aktiviti yang kita ikuti. Kalau dulu, aku pakai beli jer kasut asalkan cantik. Sekarag ni aku ader perunding professional setiap kali aku nak beli kasut atau aper2 brg yang berkaitan ngan sukan. perbezaan sebenarnya byk memberi manafaat pader kitakan?

Perbezaan antara kwn2 sebenarnya lebih memudahkan kita untuk mengenali seseorg ngan begitu rapat. Mgkin apabila perbezaan itu terserlah, kita kdg2 rasa tak selesa krn perbezaan dlm aliran pemikiran. Aku pun selalu hadapinya. Tapi bila aku fikir balik, perbezaan sbnarnya mengajar aku byk benda dan aku sebenarnya boleh belajar macam-macam dpd situ. Melalui pengalaman dan ilmu, kita dapat menerima seseorg itu seadanya. Mgkin pada awalnya sgt sukar, tetapi bila kita lihat dan muhasabah diri kita, kita akan sedar bhw setiap manusia mempunyai sisi baik dan buruk masing2 dan oleh sebb itulah kita kena melihat dunia dan peragai org melalui perspektif yang lebih luas.

KNp Aku Ni

korang percaya tak kalau aku cakap dulu2 waktu aku masih budak mentah (sek rendh n menengah)aku bknnya seorg yang byk ckap dan aku bukannya seorg yang suka melawn ckap (wpun org tu dah kutuk aku teruk2). Tapi entah mcm maner, sejak duk kat UKM dan bekerja. Aku jadi seorg yang sangat kuat bercakap. Most of the time aku tak suka perangai yang satu ni. Sbb bagi aku, kdg2 org boleh misinterpret aper yang kita ckap sbb pengalaman dan cara kita dibesarkan berbeza. Aku sgt tak suka prgai ni n i try to overcome it. Tapi bila jumpa geng2 yang sekepala aku rasa enjoy sangat bercakap sbb byk benda boleh share. Aku jadi kuat melawn sbb ader sorang hamba Allah ni asyik perli jer aper yang aku buat, wpun aku byk senyap. Dan semua yang aku buat salah. Lama kelamaan aku rasa tension dan bermulala episod aku byk ckp dan itu ini. Aku selalu rindukan prgai aku yang dulu, brcakap bila perlu esp ngan org yang kita kenal hati budinya. Boleh ker aku jadi mcm dulu...

Thursday, February 19, 2009

Fobia-PENYAKIT

Kebanyakkan org mesti ader benda yang dia fobia/ takut. selalunya mesti ader sbb knp org tu mjdi fobia. Mesti ada kisah yang tersembunyi sblm fobia itu terjadi.Aku fobia pada penyakit. Walaupun kematian itu adalah sesuatu yg pasti tapi aku sgt takut ngan penyakit. Kdg2 kematian kita akan dtg jugak wpun bukan disebabkan penyakit. Tapi sebgai manusia, kita patut berusaha dan seterusnya bertawakal kepada Allah. Bukannya bertawakal tanpa usaha. Aku ni tak la jaga mkn sgt tapi kalau aku rasa mknan tu dah terbukti memudaratkan mesti aku cuba elakkan. Aku selalu dengar Dr selalu cakap yang penyakit ni terjadi disebabkan amalan pemakanan kita. Mak aku pun ader ckp, yang penyakit ni tak dtg waktu kita muda, bila dah tua mulala menyesal. Dr pernah 2 kali salah diagnose aku. Itulah yang menyebbkan aku fobia. Kali pertama kat private hospital yang terkemuka. yang check aku waktu tu bukanla Dr pakar. Bila aku tanya aper penyakit aku, dia boleh kata aku mgkin ader kanser. Terkejut la aku, terus aku jumpa Dr pakar hospital tu untuk pengesahan. Lepas aku buat pelbagai ujian, dr pakar tu kata aku sihat cuma ader perubahan hormon. Aku terus ckp kat Dr tu, yang Dr daripada bhgian dia jugak ckap aku mgkin ader kanser. Marah betul Dr pakar tu kat Dr satu lg, sbb pertamanya dia tak boleh buat andaian kalau tak check betul2 dan yang kedua boleh tak jgn takutkan pesakit benda yang belum2 pasti. Lega betul aku pas tu, sblm aku jumpa Dr pakar utk pengesahan, aku rasakan kebahagiaan aku bgaikan diragut dapdku (hebat tak ayat, hehe). Kali kedua, Dr kat private jugak salah diagnose aku. Aku hampir dibedah. Haru dan tension betul aku waktu tu. Nasib baik tak kena operate. Selepas kedua2 kejadian tu, aku sgt berhati2 Takut pisang berbuah bukan 2 kali ttapi berkali-kali. Bagi aku Dr adalah insan biasa mcm kita gak, kdg2 buat salah tak kisahla samada kat private hospital ataupun government hospital. Lagi satu, kita ni mmg kena jaga pemakanan. Aku ader mknan kegemaran aku, yang mane walpun mak aku nasihat berkali2 tapi aku ttp tak dengar. Dengan alasan tanpa mkanan tu lauk aku tak sedap. Tak lama pas tu aku menyesal sgt sbb mknan yang aku suka tu telah memberi kesan terhadap aku. Sampai skrg aku sgt menjaga aper yang aku makan. Aku takut benda yang sama berulang kali. Aku lebih rela menyesal awal2 sblm terlambat. Tapi nak buat mcm maner, aku ni manusia yang cepat tergoda dengan segala nikmat di muka bumi ni, adakalanya makan juga benda yang aku tak leh mkn asalkan selamat. Percaya tak bila aku cakp ader atuk dan nenek kita yang takder penyakit wlapun dah melebihi 60 lebih. Kagum betul aku tengok. Dah umur mcm tu pun mampu lagi berkebun dan kesana kesini. Bila aku tanya, diaorg ckp sejak muda diaorg sgt menjaga mkn. Aku yang muda ni asyik mkn jer tanpa mengira aper pun asalkan sedap. Aku harap aku boleh jadi mcm diaorg.

Tuesday, February 3, 2009

Anak Ramai

Hari ni aku nak ceter pasal kisah seorg hamba Allah yang mempunyai anak yang ramai. Pernah tak korang dihina dan dikata semata-mata korang mempunyai anak yang ramai? Hamba Allah yang aku nak ceter ni mempunyai anak yang sgt ramai. Pendapatan hamba Allah ni ngan suaminya tak la lumayan pada waktu tu tapi dengan gaji yang ader tu diaorg tetap mampu untuk membesarkan kesemua anak2 mereka. Nak dijadikan ceter, ada sesetengah kwn hamba Allah ni merasa tak senang dengan anak2 hamba Allah ni, diaorg siap kutuk lg dengan mengatakan "tu la beranak ramai sgt, anak pun bodoh". Kebetulan hamba Allah ni tahu ttg perkara tersebut, sedih dan hiba betul hati dia. dalam hati dia, dia berdoa agar anak2 dia tak la sebodoh yang org cakapkan. sejak dpd itu dia berjanji dia akan mengasuh anak2 dia dengan sebaik mungkin. Alhamdullilah bbrp tahun selepas tu, kesemua anak2 hamba Allah tu berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Tak seorg pun dpd anak2 hamba Allah ni bodoh seperti yang dikata. Kesimpulannya, jgnlah mengata org yang mempunyai ramai anak. Sbb kita tak tahu rezeki dan kemampuan setiap org. Aku sgt mengagumi kaum wanita yang mempunyai ramai anak dan berjaya mendidik anak2 mereka mjdi insan yang berguna. Bukan senang untuk mendidik anak, untuk mengasuh mereka sejak kecil amat memerlukan bukan sajer kesabaran tetapi juga ketekunan dan kecekalan yang kuat. Sepanjg anak2 itu membesar mcm2 perkara akan berlaku yang mane ia boleh mencabar kesabaran seseorg. Tetapi, sepanjang proses pembelajaran itu ibulah tempat yang paling rapat bagi anak untuk meluahkan segalanya. Aku suka dengar ttg ceter kwn2 aku ttg bgmana mereka membesarkan anak masing2. Adakah aku mampu menjadi ibu yang baik? itu adalah suatu persoalan yang baik untuk aku fikirkan. Semestinya aku ingin mjdi ibu yang terbaik. oleh itu aku akan sentiasa belajar dpd mereka yang telah mempunyai pengalaman agar akan ku jadikan resepi hidupku. Kdg2 aku terfikir knp sesetengah org suka mengata org yang mempunyai anak yang ramai. Sepatutnya diaorg sedar bhw setiap anak tu ader rezekinya. Lagipun semuanya adalah rezeki dpd Tuhan.

Rumah ku berhantu ker?

Hari ni aku nak ceter pasal rumah yang aku sewa dan duduk skrg. Aku sewa rumah tu setahun sblm kahwin lagi. Sepanjg aku duk sorang2 kat situ (sewaktu bujang) tak pernah lagi aku jumpa atau dengar benda2 pelik dan menyeramkan. Tapi semuanya berubah bbrp minggu sblm aku kahwin. Aku tak ingat hari aper tapi ader satu mlm tu aku dengar suatu suara yang meyeramkan diluar bilik aku. Start ari tu mcm2 perkara berlaku terhadap sesiapa saje yang tido kat rumah aku. Tapi selama org2 ni kena kacau, aku tak pernah kena kacau pun (nasib baikler). Mak aku dan adik2 aku selalu kena kacau, tambahan pulak mak aku jenis cepat terasa kalau ader benda2 pelik berlaku kat rumah aku. Aku ni pulak dpd dulu jenis tak makan saman. Aku tak pernah rasa bulu roma aku naik walaupun mak aku bukan main lg rasa semacam. Adik2 aku byk kali kena kacau, diaorg pernah dengar perempuan ketawa dlm bilik utama, ader org ketuk tingkap waktu tidur dalm bilik 2 dan ader yang pernah kena cekik pun dlm bilik 2. Mak aku pernah nampak sekilas lembaga tu. Kitaorg pernah jumpa ustaz untuk halau benda2 tu dpd rumah kami, dulu dah takder. Tapi sejak akhir2 ni aku rasa benda tu dah dtg blik sebb mak aku dah 2 kali kena kacau. smlm aku balik rumah mcm biasa, tapi sdg aku syok tengok tv aku dengar bunyi bising dalam bilik no 2. Kebetulan bilik no 2 tu lampu dia terbakar lgla menyeramkan dan menakutkan. Aku pulak jenis yang dpd dulu suka check kalau aku dengar ader benda pelik. Kebetulan bilik tu sebelah ruang aku tengok tv. Bila ader bunyi jer mesti aku tengok, nasib baiklah sepanjg aksi jeling-menjeling tu aku tak nampak benda bkn2. Bagi aku hantu tak wujud tapi syaitan mmg wujud utk menakutkan kita.

Monday, February 2, 2009

Kematian

Smlm aku tengok ttg ceter2 bab kematian. Takut tak bila trkenangkan yang satu hari nanti kita akan mati meninggalkan segala-galanya di bumi Tuhan yang sunggguh kaya ini. Aku takut. Takut bila memikirkan samada aku dah cukup ker amalan didunia ni untuk dibawa ke akhirat nanti. Aku dpd kecil lg dah selalu memikirkan ttg kematian. Kematian adalah suatu yang pasti tapi kita tak tahu bila, dimana dan bgmana kita mati. Smlnm masa aku tengok ceramah ttg kematian, ustaz ni ader ceter ttg mayat yang dikebumikan di Mekah telah direntap oleh saekor ular yang besar. Menurut ustaz tu tak semestinya bila kita meninggal di Mekah kita akan terlepas dpd segalanya. Semuanya berdasarkan amal ibadat kita semasa hidup. Ustaz tu pun bercerita bhw semasa hidup lelaki ni selalu melanggar perintah Allah. Takutnya bila aku dengar, sbg manusia kita selalu membuat kesilapan. Dan selalunya kesilapan yang kita buat semuanya disengajakan walaupun kita tahu tu semua salah. Kematian adalah sesuatu yang pasti tapi biarlah aku meninggalkan dunia ni bila aku benar2 telah menjalankan tanggungjawab aku sbg isteri yang solehah buat suami ku yang tercinta, supaya apabila aku telah tiada suami aku akan sentiasa teringat betapa bahagianya dia bila bersamaku,aku berharap sangat yang aku dapat mendidik anak2 kami untuk menjadi anak2 yang soleh dan solehah, dan aku berharap agar ayat2 Al-Quran sentiasa meniti dibibir mereka, aku berharap agar sblm kematiaan ku, aku telah mjlankan tanggungjawab ku sbgai anak dan kakak kpd keluargaku dan paling utama semoga aku mampu mjdi hamba Allah yang sentiasa tidak lupa pada segala suruhannya. Aku pun berdoa semoga kwn2 yang kusayangi sentiasa dirahmati Allah.

Doa

Hari ni aku nak kongsi ngan korang pasal doa. Sblm tu aper pndpt korang kalau ader org tu dah menganaya org berpuluh-puluh kali tapi ader hati nak doakan org yang dia pernah aniaya benda yang buruk2. Pas tu claim yang doa dia akan makbul sbb doa dia mustajab. Menyampah betul aku ngan org mcm tu, pernah tak dia terfikir bhw doa berpuluh-puluh org yang dia pernah aniya lebih cept makbulnya. Boleh tak jgn cakap besar kalau ilmu di dada tak pernah cukup. Dpd dulu lagi, aku sgt percaya bhw doa daripada ibu lebih makbul. Doa ibu bagi aku adalah segalanya, kerana doa ibu itulah aku mjdi manusia. Kerana doa ibu itulah aku dapat harungi susah payah dunia ni. sejak kecil lagi mak aku suka amalkan Surah Toha. setiap kali lepas sembyg mesti mak aku panggil ketujuh2 anaknya untuk dibacakan surah ni diatas ubun2 kitaorg. Berkat doa ibu itu tak ternilainya buat kami adik beradik. Aku sampai skrg mesti suruh mak aku baca doa tu kat atas kepala aku. Doa dpd ibu tu memberi kesan kpd jiwa aku, setiap kali lepas mak aku bacakan surah tu mesti aku mengalirkan air mata. Buat kwn2 yang sudah dan bakal mempunyai anak, aku syorkan spy korang amalkan surah Toha, sbb surah tu digunakan utk melembutkan hati anak spy mjdi anak yang soleh dan solehah.