Friday, February 20, 2009

PERBEZAAN

Manusia mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Perbezaan sesama kita kdg2 boleh mengundang pertelingkahan, pergaduhan dan bermulala aksi bermasam muka. Kdg2 mmg susah nak menyesuaikan diri ngan org yang mempunyai perbezaan pndpt dan ragam ngan kita. Mcm aku gak, aper yang aku suka selalunya tak sama ngan aper yang kwn2 aku suka. Kdg2 diaorg kata aku ni pelik sbb selalu suka benda yang diaorg tak suka. Tapi biasa ar tu kan. Kita kan manusia, kalau semua org suka benda yang sama mesti bosan dan hambar betul hidup ini. Mmgla kdg2 aku akui sgt susah untuk kita sesuaikan diri bila kbyakkan benda yang kita minat mgkin tak sama ngan org. Tapi tu semuakan sesuatu yang unik, knp unik ea? Sbb melalui perbezaan, kita sebenarnya lebih mengenali pasangan kita, kwn2, teman2 dan org disekeliling kita. semua manusia mempunyai sisi baik dan buruk masing2kan. Maner ader manusia yang 100 baik. Perbezaan tu jugala yang menyempurnakan kita sbg manusia. Kita memerlukan satu sama lain. Mane ader manusia boleh hidup sorang dlm dunia ni. Semua org memerlukan, keluarga, suami, isteri, teman dan jiran untuk meneruskan hidup. Tanpa mereka semua hidup kita tidak akan lengkap. Melalui perbezaan pendapat dan cara jugalah kita mampu mjdi manusia yang berilmu. Krn perbezaan adalah sesuatu yang subjective, tidak ader salah atau betul.

Mcm aku, aku sgt berbeza ngan pasangan aku yang sorang lagi. Aku seorg yang tak suka aktiviti luar, bersukan adalah aktiviti yang bukan mjdi kegemaran aku sejak azali lagi. Kalau tak bersukan untuk 100 tahun akan dtg pun aku tak kisah. Aku lebih suka duduk kat rumah sambil lepak2 tengok DVD dan aktiviti utama aku adalah shopping. Pasangan aku pulak seorg yang aktif bersukan. Maner la tak aktif bersukan, sejak sek rendah lagi pasangan aku ni mmg aktif masuk pertandingan, tak kisah la sukan aper. Masa kat uitm pun dia ambil degree dlm pengurusan sukan dan sampai skrg dia jadi cikgu sukan. Kalau sehari tak bersukan mesti rasa tak sedap badan. Sukan dan menonton ESPN adalah perkara utama. Wpun begitu, aku tak kisah krn bersukan adalah aktiviti yang sihat wpun hakikatnya aku mmg x sukaaaaa SUKAN. Kdg2 aku teman la jap suami aku g jogging. Tapi tak sampai 5 minit aku dah penat. Kalau boleh aku nak anak2 aku aktif bersukan mcm ayah dia, jgn jadi mcm aku asyik duduk dan menghabiskan duit. Pernah la gak aku bercadang nak daki Gunung Kinabalu masa aku belajar dulu. Tapi mak aku tak benarkan. Mak aku cakap yang dia lebih sanggup tengok aku menghabiskan duit di shopping mall dpd aku hilang entah kemana. Berbalik pada perbezaan. Perbezaan antara kita ni sebenarnya mmg seronok kan. Daripada situ aku byk belajar byk benda especially cara2 yang bagus untuk memilih kasut mengikut aktiviti yang kita ikuti. Kalau dulu, aku pakai beli jer kasut asalkan cantik. Sekarag ni aku ader perunding professional setiap kali aku nak beli kasut atau aper2 brg yang berkaitan ngan sukan. perbezaan sebenarnya byk memberi manafaat pader kitakan?

Perbezaan antara kwn2 sebenarnya lebih memudahkan kita untuk mengenali seseorg ngan begitu rapat. Mgkin apabila perbezaan itu terserlah, kita kdg2 rasa tak selesa krn perbezaan dlm aliran pemikiran. Aku pun selalu hadapinya. Tapi bila aku fikir balik, perbezaan sbnarnya mengajar aku byk benda dan aku sebenarnya boleh belajar macam-macam dpd situ. Melalui pengalaman dan ilmu, kita dapat menerima seseorg itu seadanya. Mgkin pada awalnya sgt sukar, tetapi bila kita lihat dan muhasabah diri kita, kita akan sedar bhw setiap manusia mempunyai sisi baik dan buruk masing2 dan oleh sebb itulah kita kena melihat dunia dan peragai org melalui perspektif yang lebih luas.