Tuesday, February 3, 2009

Anak Ramai

Hari ni aku nak ceter pasal kisah seorg hamba Allah yang mempunyai anak yang ramai. Pernah tak korang dihina dan dikata semata-mata korang mempunyai anak yang ramai? Hamba Allah yang aku nak ceter ni mempunyai anak yang sgt ramai. Pendapatan hamba Allah ni ngan suaminya tak la lumayan pada waktu tu tapi dengan gaji yang ader tu diaorg tetap mampu untuk membesarkan kesemua anak2 mereka. Nak dijadikan ceter, ada sesetengah kwn hamba Allah ni merasa tak senang dengan anak2 hamba Allah ni, diaorg siap kutuk lg dengan mengatakan "tu la beranak ramai sgt, anak pun bodoh". Kebetulan hamba Allah ni tahu ttg perkara tersebut, sedih dan hiba betul hati dia. dalam hati dia, dia berdoa agar anak2 dia tak la sebodoh yang org cakapkan. sejak dpd itu dia berjanji dia akan mengasuh anak2 dia dengan sebaik mungkin. Alhamdullilah bbrp tahun selepas tu, kesemua anak2 hamba Allah tu berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Tak seorg pun dpd anak2 hamba Allah ni bodoh seperti yang dikata. Kesimpulannya, jgnlah mengata org yang mempunyai ramai anak. Sbb kita tak tahu rezeki dan kemampuan setiap org. Aku sgt mengagumi kaum wanita yang mempunyai ramai anak dan berjaya mendidik anak2 mereka mjdi insan yang berguna. Bukan senang untuk mendidik anak, untuk mengasuh mereka sejak kecil amat memerlukan bukan sajer kesabaran tetapi juga ketekunan dan kecekalan yang kuat. Sepanjg anak2 itu membesar mcm2 perkara akan berlaku yang mane ia boleh mencabar kesabaran seseorg. Tetapi, sepanjang proses pembelajaran itu ibulah tempat yang paling rapat bagi anak untuk meluahkan segalanya. Aku suka dengar ttg ceter kwn2 aku ttg bgmana mereka membesarkan anak masing2. Adakah aku mampu menjadi ibu yang baik? itu adalah suatu persoalan yang baik untuk aku fikirkan. Semestinya aku ingin mjdi ibu yang terbaik. oleh itu aku akan sentiasa belajar dpd mereka yang telah mempunyai pengalaman agar akan ku jadikan resepi hidupku. Kdg2 aku terfikir knp sesetengah org suka mengata org yang mempunyai anak yang ramai. Sepatutnya diaorg sedar bhw setiap anak tu ader rezekinya. Lagipun semuanya adalah rezeki dpd Tuhan.

4 comments:

Neeza Shahril said...

anak itu rezeki tapi ada orang tau buat anak tapi tak reti jaga anak.. mereka biar anak2 tanpa pelajaran..
tapi kita sebagai orang luar, tak baik lah menyumpah anak orang jadi bodoh.. nanti berbalik kat anak kita pulak..

noniey said...

betul cakap kak neeza tu. kita tak leh nak main cakap je. sebab kalau kita tak jadi ibu skrang pun, akan datang kita akan jadi ibu gak. n kita sume akan rasa apa yang ibu2 lain rasa.

insyaallah ko leh jadi ibu yang baik n bagus.

Kamarul n Hartini said...

Betul2 kata korang tu, pernah tak org yang mengata tu fikir yang benda yang dia ckap boleh terbalik kat dia. Jgnlah aku tercakap mcm tu.

Rasyidah Abd. Aziz said...

yang paling penting sekali aku rasa kita jaga anak kita elok2, semampu kita...kalau ada anak org lain tu kita tengok teruk benar perangainyer, jgn mengata, jadikan sempadan dan pengajaran, dan berdoa semoga anak2 kita akan jadi org yg soleh dan solehah