Kebanyakkan org mesti ader benda yang dia fobia/ takut. selalunya mesti ader sbb knp org tu mjdi fobia. Mesti ada kisah yang tersembunyi sblm fobia itu terjadi.Aku fobia pada penyakit. Walaupun kematian itu adalah sesuatu yg pasti tapi aku sgt takut ngan penyakit. Kdg2 kematian kita akan dtg jugak wpun bukan disebabkan penyakit. Tapi sebgai manusia, kita patut berusaha dan seterusnya bertawakal kepada Allah. Bukannya bertawakal tanpa usaha. Aku ni tak la jaga mkn sgt tapi kalau aku rasa mknan tu dah terbukti memudaratkan mesti aku cuba elakkan. Aku selalu dengar Dr selalu cakap yang penyakit ni terjadi disebabkan amalan pemakanan kita. Mak aku pun ader ckp, yang penyakit ni tak dtg waktu kita muda, bila dah tua mulala menyesal. Dr pernah 2 kali salah diagnose aku. Itulah yang menyebbkan aku fobia. Kali pertama kat private hospital yang terkemuka. yang check aku waktu tu bukanla Dr pakar. Bila aku tanya aper penyakit aku, dia boleh kata aku mgkin ader kanser. Terkejut la aku, terus aku jumpa Dr pakar hospital tu untuk pengesahan. Lepas aku buat pelbagai ujian, dr pakar tu kata aku sihat cuma ader perubahan hormon. Aku terus ckp kat Dr tu, yang Dr daripada bhgian dia jugak ckap aku mgkin ader kanser. Marah betul Dr pakar tu kat Dr satu lg, sbb pertamanya dia tak boleh buat andaian kalau tak check betul2 dan yang kedua boleh tak jgn takutkan pesakit benda yang belum2 pasti. Lega betul aku pas tu, sblm aku jumpa Dr pakar utk pengesahan, aku rasakan kebahagiaan aku bgaikan diragut dapdku (hebat tak ayat, hehe). Kali kedua, Dr kat private jugak salah diagnose aku. Aku hampir dibedah. Haru dan tension betul aku waktu tu. Nasib baik tak kena operate. Selepas kedua2 kejadian tu, aku sgt berhati2 Takut pisang berbuah bukan 2 kali ttapi berkali-kali. Bagi aku Dr adalah insan biasa mcm kita gak, kdg2 buat salah tak kisahla samada kat private hospital ataupun government hospital. Lagi satu, kita ni mmg kena jaga pemakanan. Aku ader mknan kegemaran aku, yang mane walpun mak aku nasihat berkali2 tapi aku ttp tak dengar. Dengan alasan tanpa mkanan tu lauk aku tak sedap. Tak lama pas tu aku menyesal sgt sbb mknan yang aku suka tu telah memberi kesan terhadap aku. Sampai skrg aku sgt menjaga aper yang aku makan. Aku takut benda yang sama berulang kali. Aku lebih rela menyesal awal2 sblm terlambat. Tapi nak buat mcm maner, aku ni manusia yang cepat tergoda dengan segala nikmat di muka bumi ni, adakalanya makan juga benda yang aku tak leh mkn asalkan selamat. Percaya tak bila aku cakp ader atuk dan nenek kita yang takder penyakit wlapun dah melebihi 60 lebih. Kagum betul aku tengok. Dah umur mcm tu pun mampu lagi berkebun dan kesana kesini. Bila aku tanya, diaorg ckp sejak muda diaorg sgt menjaga mkn. Aku yang muda ni asyik mkn jer tanpa mengira aper pun asalkan sedap. Aku harap aku boleh jadi mcm diaorg.
No comments:
Post a Comment