Monday, February 2, 2009

Kematian

Smlm aku tengok ttg ceter2 bab kematian. Takut tak bila trkenangkan yang satu hari nanti kita akan mati meninggalkan segala-galanya di bumi Tuhan yang sunggguh kaya ini. Aku takut. Takut bila memikirkan samada aku dah cukup ker amalan didunia ni untuk dibawa ke akhirat nanti. Aku dpd kecil lg dah selalu memikirkan ttg kematian. Kematian adalah suatu yang pasti tapi kita tak tahu bila, dimana dan bgmana kita mati. Smlnm masa aku tengok ceramah ttg kematian, ustaz ni ader ceter ttg mayat yang dikebumikan di Mekah telah direntap oleh saekor ular yang besar. Menurut ustaz tu tak semestinya bila kita meninggal di Mekah kita akan terlepas dpd segalanya. Semuanya berdasarkan amal ibadat kita semasa hidup. Ustaz tu pun bercerita bhw semasa hidup lelaki ni selalu melanggar perintah Allah. Takutnya bila aku dengar, sbg manusia kita selalu membuat kesilapan. Dan selalunya kesilapan yang kita buat semuanya disengajakan walaupun kita tahu tu semua salah. Kematian adalah sesuatu yang pasti tapi biarlah aku meninggalkan dunia ni bila aku benar2 telah menjalankan tanggungjawab aku sbg isteri yang solehah buat suami ku yang tercinta, supaya apabila aku telah tiada suami aku akan sentiasa teringat betapa bahagianya dia bila bersamaku,aku berharap sangat yang aku dapat mendidik anak2 kami untuk menjadi anak2 yang soleh dan solehah, dan aku berharap agar ayat2 Al-Quran sentiasa meniti dibibir mereka, aku berharap agar sblm kematiaan ku, aku telah mjlankan tanggungjawab ku sbgai anak dan kakak kpd keluargaku dan paling utama semoga aku mampu mjdi hamba Allah yang sentiasa tidak lupa pada segala suruhannya. Aku pun berdoa semoga kwn2 yang kusayangi sentiasa dirahmati Allah.

5 comments:

azila said...

cik tini, mane gmbr kawen..nk tgk yg byk2 tu..hehehh
sori lari topik...i ex-student kptm..hhehe

Neeza Shahril said...

sejak datang sini, akak pun selalu sangat fikir pasal mati.. takut sangat kalau mati dalam keadaan yang tak cukup amal ibadah.. takut kena siksa kubur dan akhirat.. Nauzubillah...

Kamarul n Hartini said...

To Kak Neeza, mmg betul tu kak. Takut pulak bila fikirkan betapa seksanya seksaan kubur. Tapi perasaan untuk melakukan kesalahan tu sgt kuat kan. Semoga kita semua nanti ditempatkan ditempat yang jauh dpd seksaan kubur.

hidayah said...

bkn ko sorang je yg pikir mcm tu.. aku pn sama... kena sentiasa ingatkan diri sendiri untuk memperbykkan amal ibadah..

noniey said...

betul tu. kita memang sentiasa kena pk pasal kematian. sebab mende tu yang menginsafkan kita. n akan buat kita lebih dekat padaNya