Sunday, August 23, 2009

PANTANG

Hai, bpntng di bulan puasa ni betul2 menggugat iman dan minda. kdg2 tak tahan aku, tension pun ader. Aku ni dah la kaki mkn, tapi masalahnya aku kan tengah bpntg maner boleh mkn ikut suka nanti kena marah sbb takut aku bentan n gatal n takut luka lambat sembuh n mcm2 lagila. Sedapnya la mkanan kat bazar ramadhan skrg ni...aku nak nangis leh tak. . .sedapnya popia basah, apam balik, air kelapa n mertabak. Nak nangis sbb tak dpt puasa sekali ngan suami aku pun ader gak. ksian suami aku buka puasa sorang2 wpun aku teman tapi aku tak puasa :(

p/s: Semoga TUHAN kuatkanlah Iman aku dlm mghadapi proses bpntang ni . . .

Thursday, August 20, 2009

:)



Perasaan mjdi seorg isteri n mama adalah dua perasaan yg berbeza tapi kedua-dua perasaan ini membawa pengertian yg amat mendalam dlm hidup aku. Kebahagiaan yg tak terucap nikmatnya. Syukur kpd TUHAN krn menghadirkan perasaan ini dlm diriku krn dgn perasaan inilah ia mjdikan aku lebih matang dan lebih menghargai insan-insan di sekelilingku.

Monday, August 17, 2009

SUAMIKU SAYANG

Spnjg berpantg ni kbnyakkan kerja semuanya hsbnd aku yg buat. Masa ari pertama kitaorg blik rumah, mak aku yg tolong buat itu n ini, itu pun tak sepenuhnya sbb my mom tengok hsbnd aku cekap buat kerja rumah termasuk memasak. Selama bpntg ni my hsnd dah jd mcm suri rumah sepenuh masa la pulak. Tugas2 memasak lauk pantang, basuh baju aku n Wardiah, kemas rumah, bakar tungku, ikat bengkung n mcm2 lg la kbykannya my hsbnd buat. Sblm aku bersalin ni pun, hsbnd aku mmg cekap buat kerja2 rumah tp x de la sehebat ini. Kdg2 kesian aku tengok hsband aku, wpun penat tapi dia tak pernah mengeluh. Terima kasih sayang atas segalanya.

WARDIAH KU SAYANG

Kesian Wardiah tak dpt mnyusu bdn slma 3 hari sbb susu aku masih xbyk. Tapi start ari sabtu tu aku dah belajar pam susu sbb dia mcm tak nak jer mnyusu bdn, kecewa pun ader aku ni. Tapi my hsbnd sentiasa beri smngat tuk aku beri anak kami susu bdn, so ari Sabtu tu dia minum cmpur la antara susu bdn n susu formula. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dpd nurse yg dtg mlawat kami n sokongan dpd my hsbnd n family, aku sepenuhnya dpt breastfeed Wardiah.

Sunday, August 16, 2009

NUR ALKARMILA WARDIAH BT NOR ALKAMARUL

Itulah nama diberi buat cinta hati pertama kami. Wardiah dilahirkan secara normal pd 12/8/09 pukul 4.08 am di HTAA. Selepas pemeriksaan di Klinik Chong pd ari Isnin, aku buat x tahu jer lg sbb ramai ckp baby sulung lmbt skit keluar wpun "jln" dah bkak dlm 1 cm. Tapi dpd ari Isnin mlm smpai la selasa tanda tuk aku bersalin dah keluar tp aku mlas nak fikirkan sgt. Pg Selasa tu aku g teman mak aku keluar duit n g beli brg sbb mak aku risau kot2 dah smpai masa tuk aku bersalin jd mak aku ni heret la aku kesana-kesini. N smasa keluar tu pun aku dpt rasa mcm baby dlm ni menekan-nekan aku. Dlm tengahari mcm tu aku dpt rasakan contraction stiap 30 minit, n bila mjlg maghrib contraction tu dtg dlm 10 minit sekali. Tapi aku ckp ngan mak aku takder aper2la sbb contraction tu minor sgt. Contraction tu mmg minor sgt mcm period pain. Dlm kul 8pm kita org jumpa Dr Tai tuk periksa jln, n Dr ckp jln aku dah bukak 5cm. Aku aper lg sgt terkejut n happy at the same time sbb aku dah nak bersalin. Aku terkejut sbb Dr ckp bukaan aku dah 5cm tapi contraction aku tak kuat. Aku dpd awal mmg nak bersalin kat HTAA so kitaorg pun g la HTAA n nasib baik semua brg mmg dah ada dlm kereta.

Suami aku yg ader kelas tmbahan kat Jengka pun berdesub blik. Dipendekkn ceter aku msuk labour room dlm tengah mlm n semestinyala my husband masuk sekali memberi semangat kat aku. Dlm labour room tu Dr kasi aku masa dlm 3 jam sbb bukaan tak smpai 10cm lagi, tapi dlm 2jam stengah bukaan aku dah smpai 10cm n aku aper lagi berusaha la sekerasnya tuk melahirkan permata hati kami. 20 minit kmudian Wardiah pun dlahirkan. Wardiah ni pulak bila keluar jer dpd perut aku senyap jer tak nangis2. Dr terus hantar ke NICU. Syukur Alhamdulillah dia menangis pas tu, most of the nurses said that mgkin dsbbkan aku kena cucuk masa kndungan aku 33 mggu jd baby rasa penat, tp its normal n tak merbahaya pun. Dr check kata semuanya ok n dia bleh bernafas mcm biasa. Lega hati kami. Slpas jer bersalin, tiba la saat tuk adegan jahit mjhit aper yg patut, prosesnya mmg la myakitkan tp aku cuba control ngan borak2ngan nurses yang sdg mjahit aku. Ader Dr pelatih tu siap pegang tangan aku, seakan-akan memberi semangat la plak tuk aku, 2 org tengah sbuk berborak n jahit aku. Kebetulan Dr pelatih tu pernah jaga aku masa aku hmpir bersalin masa kndngan aku 33 minggu, dia mmg Dr yang baik sbb siap tido kat sebelah aku lg sbb dia risau aku bersalin awal. Bukan Dr laki ea tp perempuan. N Dr tu jugak la yang bersihkan aku pas proses jahit mjahit tu.

Masa kat wad, mak aku ni beceritala betapa dia tak bleh tido bla mngenangkan yg aku ni nak bersalin pagi tu. Mak aku ckp deberannya mmg tak terckp la, smpaikan mak tido duduk sbb terlmpau risau.

So, itula dia perjalanan seorg yg baru bergelar mama, nanti next entry aku post gmbr Wardiah ea.

Tuesday, August 11, 2009

1 cm

Smlm aku g jumpa Dr Chong, Dr bthu "Jalan" dah bkak 1 cm. So aku skrg ni sdg berjaga-jagala. Aku suka sgt jumpa Dr Chong ni sbb aku ni suka sgt bertanya especially bila aku tak tahu ttg sesuatu n this Dr sgt suka mlyan patients dia yg suka bertanya. Kdg2 smpai 40 minit aku jmpa dia borak itu ini. Dlm byk2 Dr aku pernah jumpa, aku pling suka ngan Dr ni sbb dia sgt peka n knowledgeable. So skrg ni smbil tunggu tuk bersalin aku buat la mcm2 benda such as jadi tukang masak smbilan tuk my mom n my brothers.

Friday, August 7, 2009

Cuti H1N1

Smlm adalah ari pertama kolej cuti, smlm dr kul 8.00 am-12.00pm aku duk bertapa kat Klinik Permatang Badak g check perut, minum air gula n jmpa Dr. Spatutnya aku tak yah minum air gula tp dsbbkan ayah aku ader diabetes jadi aku terpaksala telan bergelen2 air gula nak check kot aku pun ader diabetes. Rasa air gula tu tak teruk maner pun, kdg2 aku rasa sedap plak. Tapi tak der la pulak aku nak buat tu minuman rutin aku. Lepas blik dpd klinik aku tido jap, penat siot bertapa kat klinik. Ptg tu aku masak ayam masak tauchu n pengat pisang. Mak aku n my brothers puasa jd aku masak la something tuk diaorg. Pagi td aku masak nasi lemak tuk diaorg sblm aku blik kat rumah aku sbb hsbnd aku balik ari tu. Tengahari aku masak lg pengat pisang sbb hsbnd aku dah teringin sgt nak mkn masakan isterinya. Maklumla seminggu jadi org bujang. Selain pengat pisang aku masak kuew teow goreng tuk kitaorg + 2 org adik aku. Mlm plak aku buat pisang goreng sbb dpd ptg td mulut ni asyik nak mkn pisang goreng jer. Esok tak tahu nak masak aper, tp kalau aku tak bersalin lg Ahad ni aku cdg nak buat nasi tomato n puding berkuah. Sbnarnya tu la aktiviti aku bila cuti, n kebetulan plak sejak dah kahwin ni aku mesti bekalkan hsbnd aku ngan mcm2 mknan yg aku masak. Seronok memasak utk org yg kita sygkan.