RINDU
Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada
seseorang yang tiada di depan mata.
Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat
mahu bertemu seseorang.
Kata pujangga, rindu hadir selepas suka dan cinta.
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,
tidak cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.
Itu kata-kata daripada Ceriteria Rindu.
Bagi aku, rindu adalah perasaan yang lahir dari hati.
Perasaan rindu tu tak boleh dipaksa.
Ia datang tanpa diduga dan tak mengenal jemu.
Rindu melambangkan kasih sayang yang mendalam walaupun org tu jauh beribu-ribu batu.
Rindu membuatkan kita sentiasa mengingati org yang kita rindui.
Segala kenangan indah kita bersamanya seakan2 baru saje berlaku.
Kadang-kadang kita boleh tersenyum sendirian bila mengenangkan orang yang dirindui.
Semoga rindu ini berpanjangan kerana rindu menzahirkan rasa cinta dan sayang.
Terima kasih TUHAN di atas kurniaan ini, terima kasih kerana menghadirkan lelaki ini dalam hidupku.