Friday, August 29, 2008

Kaunselor???

Cakap pasal kaunselor, kdg2 aku rasa aku terasa yang aku ni salah pilih bidang. Sejak belajar lagi aku ni selalu menjadi bahan rujukan kwn2 aku sekiranya mereka mengalami masalah dan sekiranya berduka. Itulah manusia, kita dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain. Manusia adalah makhluk yang selalu dirundung dengan pelbagai masalah dan permasalahan. Tapi kdg2 bila aku berfikir layak ke aku jadi kaunselor??? Masalah aku pun banyak nak jadi kaunselor pulak. Kdg2 aku pun selalu buat masalah kat orang sekeliling aku, mmg tak layak pun jadi kaunselor. Tapi sekadar jadi pendengar yang setia aku bolehlah. Aku mane layak jadi kaunselor sebab kalau aku tak suke seseorang tu, tengok tudung atau bau rumput dilaman orang tu pun aku tak ingin. Mcm ni nak jadi kaunselor???? Aku paling benci ada seorang akak kat tmpat aku keje. Bukan aku seorang je benci, kwn2 aku pun benci. Benci yang melampau-lampau sampai tak tahulah nak cakap. Atas sbb2 itulah aku tak boleh jadi kaunselor. Tapi itulah manusia, kita sentiasa dirundung dengan pelbagai cabaran, kdg2 duka dan kdg2 kegembiraan itu menjadikan kita insan yang cukup sempurna di kaca mata kita sebagai hamba Allah.

4 comments:

Sheffy said...

adusss... 'sasterawati' negara in action... wakaka... memang ayat novel la ko nie... memang terbaekkkk...

misz_A said...

sayugia lantaran itu... memang tak seswai jadi kaunselorrrr...huhu.. jadi penulis seswai! penulis DCCK...alaa slot di celah-celah kehidupan yg kat pancaindera tuuu...seswaiii banggattt!!

l i e y n said...

tak baik benci2 orang....tp ko sayang aku kan?hehehhehe...link le aku tini.....kakakmu yang kajuhan di zeta...huhuhuhu

l i e y n said...

alamak typo le....bukan kajuhan...kejauhan...sori cikgu!!!