Friday, August 29, 2008

Wanita

Wanita, hmmm. Bila kita memperkatakan tentang wanita macam-macam perkara akan terjah di segenap minda kita. Wanita ni adalah makhluk TUHAN yang penuh dengan emosi dan perasaan. Wanita juga merupakan makhluk TUHAN yang penuh dengan KEKUATAN dan KELEMAHAN. KEKUATAN wanita mmglah tidak terletak kepada kekuatan fizikal seperti lelaki, tetapi KEKUATAN wanita terletak kepada kesabaran dan kesetiaan dalam menongkah arus kehidupan. Aku berbangga menjadi seorang wanita kerana WANITA adalah makhluk TUHAN yang paling menghargai erti kasih sayang dan menjadi penyambung nyawa kepada manusia sejagat. Namun begitu, WANITA juga tidak dapat lari daripada KELEMAHAN yang mereka miliki iaitu terlalu mengikut emosi. Emosi yang bisa membuat kaum lelaki kacau bilau dan nanar jadinya terutama sekali apabila kita tidak dapat mengawal emosi kita.

Kaunselor???

Cakap pasal kaunselor, kdg2 aku rasa aku terasa yang aku ni salah pilih bidang. Sejak belajar lagi aku ni selalu menjadi bahan rujukan kwn2 aku sekiranya mereka mengalami masalah dan sekiranya berduka. Itulah manusia, kita dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain. Manusia adalah makhluk yang selalu dirundung dengan pelbagai masalah dan permasalahan. Tapi kdg2 bila aku berfikir layak ke aku jadi kaunselor??? Masalah aku pun banyak nak jadi kaunselor pulak. Kdg2 aku pun selalu buat masalah kat orang sekeliling aku, mmg tak layak pun jadi kaunselor. Tapi sekadar jadi pendengar yang setia aku bolehlah. Aku mane layak jadi kaunselor sebab kalau aku tak suke seseorang tu, tengok tudung atau bau rumput dilaman orang tu pun aku tak ingin. Mcm ni nak jadi kaunselor???? Aku paling benci ada seorang akak kat tmpat aku keje. Bukan aku seorang je benci, kwn2 aku pun benci. Benci yang melampau-lampau sampai tak tahulah nak cakap. Atas sbb2 itulah aku tak boleh jadi kaunselor. Tapi itulah manusia, kita sentiasa dirundung dengan pelbagai cabaran, kdg2 duka dan kdg2 kegembiraan itu menjadikan kita insan yang cukup sempurna di kaca mata kita sebagai hamba Allah.

Kehilangan

Semalam aku kehilangan seorang lagi kawan (Kak Mas). Kadang-kadang terasa kehilangan sangat2 bila kawan2 yang kita sayangi pergi meninggalkan kita satu persatu atas apa2 alasan sekalipun. Kehilangan itu sebenarnya mengajar aku setiap benda yang kita miliki hanyalah seketika. Beberapa tahun yang lepas aku pernah mendengar ceramah drpd seorang penceramah terkenal di Malaysia, dalam ceramahnya beliau mengajar kita supaya sentiasa mengungkapkan dan melahirkan kasih sayang pada orang yang kita sayangi setiap waktu. Sejak itu aku telah menanamkan azam agar sentiasa melahirkan kasih sayang terhadap orang-2 yang aku sayangi, mama, papa, adik2 lelaki ku yang seramai 6 orang, tunangku, kawan2ku dan para pelajarku. Hidup ini terlalu pendek dan aku tidak mahu terlambat dalam menzahirkan kasih sayangku. Kasih sayang adalah suatu yang indah dan ia melengkapkan diri kita sebagai seorang manusia. Menzahirkan dan melahirkan kata2 sayang dan cinta terhadap orang yang kita sayangi membuat kita menjadi insan yang lebih menghargai orang2 di sekeliling kita.

Thursday, August 28, 2008

Kenangan........

Tadi, aku jet, intan, din dan perol bulat @ buntal pergi ke Secret Recipe. Maklumlah baru dapat gaji wahaha....aku paling suka makan New York Cheese Cake. Dulu masa belajar mane reti makan benda ni semua. Almaklumlah budak2 lagi mane ade duit. Tapi bila masa berlalu dan aku pun dah kerja walaupun gaji tak selumayan mane.... aku blehlah beli brg2 yang aku nak, aku ni memang pun kaki shopping. Bila teringat cheese cake, aku mesti teringat pada tunang aku yang tersayang. Setiap kali hari jadi aku ataupun bila2 aje waktu tunang aku jumpa aku dia mesti belikan aku cheese cake ni. Tunang aku ni memang pandai ambil hati aku...kdg2 siap bwk bunga lagi....sweetnya....

Kdg2 bila makan kat tempat2 mcm ni terasa mcm orag kaya je... walaupun tak kaya mane. Itulah manusia tak pernah puas ngan apa yang mereka ada. Mcm aku gak...sentiasa tak puas ngan apa yang aku ada... tapi kdg2 aku akan sentiasa ingatkan diriku bahawa ada orang lain yang kurang bernasib baik di sana jadi aku kenalah sentiasa bersyukur. Daripada kecil lagi mak aku mmg sentiasa menasihati aku dan adik2 aku untuk sentiasa bersyukur. Memang aku akui aku ni mmg seorang yang suka membuang duit dan tak reti simpan duit. Nasib baik lah tunang aku seorang yang suka menyimpan. Anak2 aku nanti, aku nak ajar diaorang menyimpn. jgn jadi mcm aku ni...

Kehidupan ni mcm2 pancarobanya. Kdg2 benda mcm tu lah yang mendewasakan kita. Aku banyak belajar daripada kesalahan aku dan kesalahan orang lain. Kesilapan memang mendewasakan kita.

My first thought

Hello everyone, this is my first entry to this blogging thing. Very new and full of joy to write anything and everything about my life as an extraordinary human being. Well, i like to read a lot of books especially novels, particularly Malay novels. My friends like to tease me a lot due to the reason that i like to use words that are unfamilliar to them. Well, i'm used to it actually. what do you expect, since form five i tend to read a lot of Dewan Masyarakat and Ekonomi and others so that i can get A's for my exam. Untill now my love towards these kind of magazines and books has killing me. Whyy? Because i cannot stop buying them although i don't have money.....hehe. Arious, that's all for now. Happy reading .... my new blog..