Thursday, August 28, 2008

Kenangan........

Tadi, aku jet, intan, din dan perol bulat @ buntal pergi ke Secret Recipe. Maklumlah baru dapat gaji wahaha....aku paling suka makan New York Cheese Cake. Dulu masa belajar mane reti makan benda ni semua. Almaklumlah budak2 lagi mane ade duit. Tapi bila masa berlalu dan aku pun dah kerja walaupun gaji tak selumayan mane.... aku blehlah beli brg2 yang aku nak, aku ni memang pun kaki shopping. Bila teringat cheese cake, aku mesti teringat pada tunang aku yang tersayang. Setiap kali hari jadi aku ataupun bila2 aje waktu tunang aku jumpa aku dia mesti belikan aku cheese cake ni. Tunang aku ni memang pandai ambil hati aku...kdg2 siap bwk bunga lagi....sweetnya....

Kdg2 bila makan kat tempat2 mcm ni terasa mcm orag kaya je... walaupun tak kaya mane. Itulah manusia tak pernah puas ngan apa yang mereka ada. Mcm aku gak...sentiasa tak puas ngan apa yang aku ada... tapi kdg2 aku akan sentiasa ingatkan diriku bahawa ada orang lain yang kurang bernasib baik di sana jadi aku kenalah sentiasa bersyukur. Daripada kecil lagi mak aku mmg sentiasa menasihati aku dan adik2 aku untuk sentiasa bersyukur. Memang aku akui aku ni mmg seorang yang suka membuang duit dan tak reti simpan duit. Nasib baik lah tunang aku seorang yang suka menyimpan. Anak2 aku nanti, aku nak ajar diaorang menyimpn. jgn jadi mcm aku ni...

Kehidupan ni mcm2 pancarobanya. Kdg2 benda mcm tu lah yang mendewasakan kita. Aku banyak belajar daripada kesalahan aku dan kesalahan orang lain. Kesilapan memang mendewasakan kita.

1 comment:

Beautiful^Devil said...

wahahaha...
ayat2 kau mmg sejibik dlm novel...
ade plak pancaroba idop?
iskkk...