Friday, August 29, 2008

Kehilangan

Semalam aku kehilangan seorang lagi kawan (Kak Mas). Kadang-kadang terasa kehilangan sangat2 bila kawan2 yang kita sayangi pergi meninggalkan kita satu persatu atas apa2 alasan sekalipun. Kehilangan itu sebenarnya mengajar aku setiap benda yang kita miliki hanyalah seketika. Beberapa tahun yang lepas aku pernah mendengar ceramah drpd seorang penceramah terkenal di Malaysia, dalam ceramahnya beliau mengajar kita supaya sentiasa mengungkapkan dan melahirkan kasih sayang pada orang yang kita sayangi setiap waktu. Sejak itu aku telah menanamkan azam agar sentiasa melahirkan kasih sayang terhadap orang-2 yang aku sayangi, mama, papa, adik2 lelaki ku yang seramai 6 orang, tunangku, kawan2ku dan para pelajarku. Hidup ini terlalu pendek dan aku tidak mahu terlambat dalam menzahirkan kasih sayangku. Kasih sayang adalah suatu yang indah dan ia melengkapkan diri kita sebagai seorang manusia. Menzahirkan dan melahirkan kata2 sayang dan cinta terhadap orang yang kita sayangi membuat kita menjadi insan yang lebih menghargai orang2 di sekeliling kita.

No comments: