Monday, May 11, 2009

My brothers






Entry kali ni aku nak ceter pasal adik2 aku seramai 6 org. Tak rmai yang tahu aku ada 6 org adik laki dan aku adalah anak perempuan sorang kpd parents aku. Ramai org cakap mesti aku bosan sbb aku sorang jer perempuan. Jawapan aku semestinya tak membosankan langsung. Wpun aku takder adik perempuan tapi aku HAPPY sgt dgn adik2 aku. Ada jgk org ckp ko mesti penat sbb kena buat byk benda sbb bdk laki tak tahu buat aper. Jawapan aku, aku tak penat langsung. Masa adik2 aku kecik mmg la aku dan mak aku penat sbb takder saper nak tolong kami buat kerja2 rumah. Tapi tak lama pas tu kerja kami jadi mudah sbb ramai nak tolong. Mak aku dpd kita org kecik mmg dah latih kitaorg buat kerja rumah ni tak kisah la laki ataupun perempuan. Tugas2 seperti memasak, membasuh kain dan pinggan, menggosok, sapu sampah, bersih dapur dan bilik air dan sbgainya mmg dah sebati sejak kecil lagi smpai skrg. Tak seorg pun boleh kata tak tahu buat itu dan ini. Lagipun mak aku tak suka tengok anak-2 laki dia tak tahu buat aper dan biarkan perempuan buat semua benda. Hidup ni kena saling tolong-menolong tak kisahla laki ataupun perempuan. Kiranya aku mmg tak penat sgtla, tugas aku bila adik2 aku makin besar ialah memasak. Diaorg mmg suka kalau aku masak mkanan kesukaan diaorg sprt nasi ayam, nasi tomato,laksa, puding, pengat, bubur lambuk dan mcm2 lagila. Tipula kalau aku kata aku tak garang. Masa adik2 aku kecik aku mmg garang. Tapi bila dah besar jadi mcm kwn tempat utk diaorg meluahkan perasaan. Kdg2 tu diaorg kena jgk marah ngan aku kalau byk sgt main, biasala remaja. Alhamdulillah wpun aku berbadan kecil dan comel :) tapi adik2 aku so far ikut la arahan aku sbgai kakak. Perasaan hormat diaorg tu tetap ada wpun diaorg lebih besar dan gemuk berbanding aku ni. Mgkin disbbkan didikan mak aku dpd kecil spya menghormati kakak tak kisah la kecil mcm maner pun. Adik2 aku ni yang kelakarnya tak boleh tengok akak diaorg sedih atau menangis. Kdg2 diaorg pun boleh menangis sekali. Terharu betul aku. Adik aku no 2 tak boleh tengok aku tak ader duit tuk shopping. Mesti dia ngan rela hati sponsor tu ini, siap tanya berapa aku nak. Aku pulak jenis akak yang suka shopping tersengeh-sengeh la btahu itu ini. Aku sgt sayang kat adik-2 aku ni. Kalau aku sakit diaorg akan jaga aku, sepanjg aku sakit diaorg akan kasi aku mkn ubat, picit kaki aku, lapkan dahi aku bila aku panas, selimutkan aku sampai aku baik dpd sakit. Kdg2 rasa terharu sgt bila tengok betapa prihatinnya diaorg pader aku. Waktu tengah pregnant ni lagila diaorg prihatin. Aku ingat lagi, bbrp minggu lepas aku g UKM naik komuter ngan adik aku no 6. Waktu tu dah la sgt sesak, kitaorg terpaksa berhimpit mengalahkan ikan dlm tin sardin. Masa dlm komuter tu, adik aku siap buat announcement lagi:

Adik aku: Elok2 ea kat sini ada org mengandung.
Aku: Malu campur bangga sbb adik aku ni pandai jaga akak dia.

Disbbkan announcement adik aku, ramai la yang prihatin. Siap ader yang pegang aku, risau aku jatuh. spjg dlm train tu adik aku ni asyik suruh aku jaga perut dan bila dia nmpak seat kosong, dia siap mintak bagi pihak aku.

Alhamdulillah, aku harap kasih sayang antara kami adik-beradik takkan berubah. Diaorg la penghibur aku dpd dulu sampai skrg dan harap2 sampai bila2. Wpun aku ader ramai adik laki, tapi aku tak kisah sekiranya aku ditakdirkan Tuhan dapat byk anak perempuan. Semoga dengan kehadiran anak perempuan ini dapat membentuk aku mjdi mama yang lemah lembut :)

8 comments:

l i e y n said...

sangat gentleman n protective

SfKn said...

alhamdulillah...ko lak mengandung anak pompuan. bertambah la sorang waris pompuan

hidayah said...

baguslah...er... ko dah scan jantina baby ke? sngguh x update aku ni

kOtak kAtik said...

heheh memahami macammana jadi anak ppuan sorang.memanh beshhh....feel like a princesss....huhuhu...

noniey said...

a'ah mesti adik2 laki sume sayang giler kat ko kan tinie.. sebab ada sorang kakak je..

Kamarul n Hartini said...

To Kak Lieyn n Pah thanks. To Dayah, ikut scan ari tu aku bakal dapat baby girl. To Illyana, mmg seronok jd perempuan sorang. Dah tua bangka mcm ni punjadi perhatian. To Noni, So far Alhamdulillah nampaknya diaorg take care n syg kat aku.

MyStory,CouldBeYours said...

Mdm... sgt tersetuh and terharu....
ske r bace blog madam

Kamarul n Hartini said...

To Zawanie, Thanks :)