Thursday, April 23, 2009

RINDU


RINDU

Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada
seseorang yang tiada di depan mata.

Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat
mahu bertemu seseorang.

Kata pujangga, rindu hadir selepas suka dan cinta.
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,
tidak cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Itu kata-kata daripada Ceriteria Rindu.

Bagi aku, rindu adalah perasaan yang lahir dari hati.
Perasaan rindu tu tak boleh dipaksa.
Ia datang tanpa diduga dan tak mengenal jemu.
Rindu melambangkan kasih sayang yang mendalam walaupun org tu jauh beribu-ribu batu.
Rindu membuatkan kita sentiasa mengingati org yang kita rindui.
Segala kenangan indah kita bersamanya seakan2 baru saje berlaku.
Kadang-kadang kita boleh tersenyum sendirian bila mengenangkan orang yang dirindui.
Semoga rindu ini berpanjangan kerana rindu menzahirkan rasa cinta dan sayang.
Terima kasih TUHAN di atas kurniaan ini, terima kasih kerana menghadirkan lelaki ini dalam hidupku.

4 comments:

SfKn said...

kau memang insan berjiwa jiwang sayang!

Wahidah said...

tini,ko umpama penglipurlara..
hebat2! btl ckp k.azah,kalo baca blog ko..x tau pun yg tulis tu sebnrnye english lecturer ;) ko take care, jgn smpai angau! huhuhu..

Kamarul n Hartini said...

To Pah, aku mmg mcm ni dpd dulu:)

Kamarul n Hartini said...

To Wahidah, English lecturer adalah kerjaya aku, bila meluahkan sesuatu aku mjdi diri aku yang lain. Manusia perlu ada kepelbagaian :)