Tuesday, January 13, 2009

PENGORBANAN IBU

Salam kepada semua, dah lame betul aku tak update blog. Hati aku terasa nak update blog ni pun selepas aku baca blog kak Neeza ttg kasih ibu. Mengikut buku yang aku baca, wanita lebih byk berkorban kerana mereka pada zahirnya mempunyai ciri-ciri penyayang dan peka ttg hal2 yang berlaku dipersekitaran mereka.

MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah akan hal tersebut, jawab baginda, :Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa org yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Apabila seseorng perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorg perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH mencatatkan baginya pahala org berjihad pada jln ALLAH.

4. Apabila seorg perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH.

TENGOK, byk betul manafaat mjdi wanita dan ibu nikan. Bila baca jer ni, aku rasa bersyukur dan bertuahnya kita kaum Wanita.

No comments: