Sunday, August 23, 2009

PANTANG

Hai, bpntng di bulan puasa ni betul2 menggugat iman dan minda. kdg2 tak tahan aku, tension pun ader. Aku ni dah la kaki mkn, tapi masalahnya aku kan tengah bpntg maner boleh mkn ikut suka nanti kena marah sbb takut aku bentan n gatal n takut luka lambat sembuh n mcm2 lagila. Sedapnya la mkanan kat bazar ramadhan skrg ni...aku nak nangis leh tak. . .sedapnya popia basah, apam balik, air kelapa n mertabak. Nak nangis sbb tak dpt puasa sekali ngan suami aku pun ader gak. ksian suami aku buka puasa sorang2 wpun aku teman tapi aku tak puasa :(

p/s: Semoga TUHAN kuatkanlah Iman aku dlm mghadapi proses bpntang ni . . .

Thursday, August 20, 2009

:)



Perasaan mjdi seorg isteri n mama adalah dua perasaan yg berbeza tapi kedua-dua perasaan ini membawa pengertian yg amat mendalam dlm hidup aku. Kebahagiaan yg tak terucap nikmatnya. Syukur kpd TUHAN krn menghadirkan perasaan ini dlm diriku krn dgn perasaan inilah ia mjdikan aku lebih matang dan lebih menghargai insan-insan di sekelilingku.

Monday, August 17, 2009

SUAMIKU SAYANG

Spnjg berpantg ni kbnyakkan kerja semuanya hsbnd aku yg buat. Masa ari pertama kitaorg blik rumah, mak aku yg tolong buat itu n ini, itu pun tak sepenuhnya sbb my mom tengok hsbnd aku cekap buat kerja rumah termasuk memasak. Selama bpntg ni my hsnd dah jd mcm suri rumah sepenuh masa la pulak. Tugas2 memasak lauk pantang, basuh baju aku n Wardiah, kemas rumah, bakar tungku, ikat bengkung n mcm2 lg la kbykannya my hsbnd buat. Sblm aku bersalin ni pun, hsbnd aku mmg cekap buat kerja2 rumah tp x de la sehebat ini. Kdg2 kesian aku tengok hsband aku, wpun penat tapi dia tak pernah mengeluh. Terima kasih sayang atas segalanya.

WARDIAH KU SAYANG

Kesian Wardiah tak dpt mnyusu bdn slma 3 hari sbb susu aku masih xbyk. Tapi start ari sabtu tu aku dah belajar pam susu sbb dia mcm tak nak jer mnyusu bdn, kecewa pun ader aku ni. Tapi my hsbnd sentiasa beri smngat tuk aku beri anak kami susu bdn, so ari Sabtu tu dia minum cmpur la antara susu bdn n susu formula. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dpd nurse yg dtg mlawat kami n sokongan dpd my hsbnd n family, aku sepenuhnya dpt breastfeed Wardiah.

Sunday, August 16, 2009

NUR ALKARMILA WARDIAH BT NOR ALKAMARUL

Itulah nama diberi buat cinta hati pertama kami. Wardiah dilahirkan secara normal pd 12/8/09 pukul 4.08 am di HTAA. Selepas pemeriksaan di Klinik Chong pd ari Isnin, aku buat x tahu jer lg sbb ramai ckp baby sulung lmbt skit keluar wpun "jln" dah bkak dlm 1 cm. Tapi dpd ari Isnin mlm smpai la selasa tanda tuk aku bersalin dah keluar tp aku mlas nak fikirkan sgt. Pg Selasa tu aku g teman mak aku keluar duit n g beli brg sbb mak aku risau kot2 dah smpai masa tuk aku bersalin jd mak aku ni heret la aku kesana-kesini. N smasa keluar tu pun aku dpt rasa mcm baby dlm ni menekan-nekan aku. Dlm tengahari mcm tu aku dpt rasakan contraction stiap 30 minit, n bila mjlg maghrib contraction tu dtg dlm 10 minit sekali. Tapi aku ckp ngan mak aku takder aper2la sbb contraction tu minor sgt. Contraction tu mmg minor sgt mcm period pain. Dlm kul 8pm kita org jumpa Dr Tai tuk periksa jln, n Dr ckp jln aku dah bukak 5cm. Aku aper lg sgt terkejut n happy at the same time sbb aku dah nak bersalin. Aku terkejut sbb Dr ckp bukaan aku dah 5cm tapi contraction aku tak kuat. Aku dpd awal mmg nak bersalin kat HTAA so kitaorg pun g la HTAA n nasib baik semua brg mmg dah ada dlm kereta.

Suami aku yg ader kelas tmbahan kat Jengka pun berdesub blik. Dipendekkn ceter aku msuk labour room dlm tengah mlm n semestinyala my husband masuk sekali memberi semangat kat aku. Dlm labour room tu Dr kasi aku masa dlm 3 jam sbb bukaan tak smpai 10cm lagi, tapi dlm 2jam stengah bukaan aku dah smpai 10cm n aku aper lagi berusaha la sekerasnya tuk melahirkan permata hati kami. 20 minit kmudian Wardiah pun dlahirkan. Wardiah ni pulak bila keluar jer dpd perut aku senyap jer tak nangis2. Dr terus hantar ke NICU. Syukur Alhamdulillah dia menangis pas tu, most of the nurses said that mgkin dsbbkan aku kena cucuk masa kndungan aku 33 mggu jd baby rasa penat, tp its normal n tak merbahaya pun. Dr check kata semuanya ok n dia bleh bernafas mcm biasa. Lega hati kami. Slpas jer bersalin, tiba la saat tuk adegan jahit mjhit aper yg patut, prosesnya mmg la myakitkan tp aku cuba control ngan borak2ngan nurses yang sdg mjahit aku. Ader Dr pelatih tu siap pegang tangan aku, seakan-akan memberi semangat la plak tuk aku, 2 org tengah sbuk berborak n jahit aku. Kebetulan Dr pelatih tu pernah jaga aku masa aku hmpir bersalin masa kndngan aku 33 minggu, dia mmg Dr yang baik sbb siap tido kat sebelah aku lg sbb dia risau aku bersalin awal. Bukan Dr laki ea tp perempuan. N Dr tu jugak la yang bersihkan aku pas proses jahit mjahit tu.

Masa kat wad, mak aku ni beceritala betapa dia tak bleh tido bla mngenangkan yg aku ni nak bersalin pagi tu. Mak aku ckp deberannya mmg tak terckp la, smpaikan mak tido duduk sbb terlmpau risau.

So, itula dia perjalanan seorg yg baru bergelar mama, nanti next entry aku post gmbr Wardiah ea.

Tuesday, August 11, 2009

1 cm

Smlm aku g jumpa Dr Chong, Dr bthu "Jalan" dah bkak 1 cm. So aku skrg ni sdg berjaga-jagala. Aku suka sgt jumpa Dr Chong ni sbb aku ni suka sgt bertanya especially bila aku tak tahu ttg sesuatu n this Dr sgt suka mlyan patients dia yg suka bertanya. Kdg2 smpai 40 minit aku jmpa dia borak itu ini. Dlm byk2 Dr aku pernah jumpa, aku pling suka ngan Dr ni sbb dia sgt peka n knowledgeable. So skrg ni smbil tunggu tuk bersalin aku buat la mcm2 benda such as jadi tukang masak smbilan tuk my mom n my brothers.

Friday, August 7, 2009

Cuti H1N1

Smlm adalah ari pertama kolej cuti, smlm dr kul 8.00 am-12.00pm aku duk bertapa kat Klinik Permatang Badak g check perut, minum air gula n jmpa Dr. Spatutnya aku tak yah minum air gula tp dsbbkan ayah aku ader diabetes jadi aku terpaksala telan bergelen2 air gula nak check kot aku pun ader diabetes. Rasa air gula tu tak teruk maner pun, kdg2 aku rasa sedap plak. Tapi tak der la pulak aku nak buat tu minuman rutin aku. Lepas blik dpd klinik aku tido jap, penat siot bertapa kat klinik. Ptg tu aku masak ayam masak tauchu n pengat pisang. Mak aku n my brothers puasa jd aku masak la something tuk diaorg. Pagi td aku masak nasi lemak tuk diaorg sblm aku blik kat rumah aku sbb hsbnd aku balik ari tu. Tengahari aku masak lg pengat pisang sbb hsbnd aku dah teringin sgt nak mkn masakan isterinya. Maklumla seminggu jadi org bujang. Selain pengat pisang aku masak kuew teow goreng tuk kitaorg + 2 org adik aku. Mlm plak aku buat pisang goreng sbb dpd ptg td mulut ni asyik nak mkn pisang goreng jer. Esok tak tahu nak masak aper, tp kalau aku tak bersalin lg Ahad ni aku cdg nak buat nasi tomato n puding berkuah. Sbnarnya tu la aktiviti aku bila cuti, n kebetulan plak sejak dah kahwin ni aku mesti bekalkan hsbnd aku ngan mcm2 mknan yg aku masak. Seronok memasak utk org yg kita sygkan.

Tuesday, July 28, 2009

9 BULAN

Esok genapla kndungan aku 9 bln. wah . . .cuak gak aku. Aku rasa ni prkara normal yang akan berlaku kat semua orgkan. Mak aku lagi cuak dpd aku wpun dia dah berjaya melahirkan 7 org anak (seorg pmpuan n 6 lelaki). setiap kali aku sakit perut wpun nak buang air besar, mak aku tetap cuak. Kdg2 nak ketawa pun ader, tahap risau mak aku mmg mlmpau, kdg2 boleh naik darah tinggi. Hari tu aku duk kat HTAA slma 1 hari sbb aku hmpir bersalin, n masa tu kndungan aku baru 33 minggu, aku dimasukkan tak smpai 24 jam tapi darah tinggi mak aku dah naik. Punya la mak aku risau smpai dia pulak yg sakit. Mak aku pnah ckp, waktu aku nak bersalin nanti mesti dia rasa semua benda tak kena. Terharu betul aku dengar, nak nangis pun ader. syg betul mak aku kat anak2 dia. Baru2 ni mak saudara aku baru mlahirkan anaknya ke 6. Auntie aku ni ceter la kat mak aku, spnjg dia tengah sakit nak bersalin dia sempat ingt kat aku. Dia ckp "mcm maner la keadaan aku nanti, kesian kat tini". Terkejut n terharu aku sbb tengah2 sakit tu mak saudara aku bleh ingat kan aku. Bersyukur betul aku sbb ramai yang ambil berat n syg kat aku tanpa aku sedari. Bau2 sakit nak bersalin tu dah lama menjengah aku, minggu mi jer dah 3 hari berturut2 aku terasa sakit ala2 nak bersalin gitu, Dr kata sakit main2. So aku skrg ni asyik stand by jer la sbb bila2 masa aku leh bersalin. Wish me luck :)

Monday, July 27, 2009

TAK SAYANG KER AKU?

Dah lama sgt aku nak post entry ni tapi asyik x post jer. Dah berbulan-bulan aku perapkan ceter ni dlm kepala aku n aku tak pernah ceter benda ni kat saper2 pun. Tiba2 aku rasa hari ni aku nak post pulak entry yang lapuk n bersawang ni. Maner2 yang kenal aku mesti tahu mcm maner prangai aku. Pgai aku dpd dulu smpai skrg mcm ni la, tapi sejak berkahwin n nak jadi mama ni adalah bbrp perubahan dlm diri aku yg aku rasa kena buat. Kdg2 org nmpak luaran ajer n dpd situla mcm2 org buat andaian. Benda yg paling sedih spnjg aku mgandung ni adalh bila ada insan yang ckp "yang aku tak sayangkan anak dlm kndungan aku ni". Masa aku dengar tu, mmgla aku terkejut n hancur luluh hati aku usah nak ckpla. Tapi aku buat cool jer siap syum blik kat org tu. Dlm hati aku, dia tahu ker perasaan aku mcm maner? Sblm aku tahu aku mgandung, aku dah dpt rasakan bhw ada something dlm perut aku. Setiap mlm bila aku terjaga dpd tido mesti aku akan pegang perut aku because aku dpt sense something. Masa early pregnancy dulu, aku asyik kena jumpa Dr sbb aku bleeding for 16 days n dr ckp tak der aper n sometimes its normal for certain women. Org tu tahu tak betapa aku sedih n susah hati dpd awal aku pgnant smpai skrg. Mgkin aku tak tunjuk tapi tak bermakna aku tak sayang. Ni anak aku, darah daging aku mestilah aku sayang sepenuh hati aku. Aku byk berubah demi anak ini jadi jgn nak kata aku tak sayang. Tuhan sajer yg tahu betapa aku telah berusaha sebaik n seboleh mgkin utk anak ini. Mgkin aku tak sebaik n tak sealim maner tapi aku nak anak2 aku jadi yang terbaik. sejauh mana kasih syg aku pada anak ini hanya tuhan yang tahu, aku sanggup berhabis duit n berkorban segalanya agar anak didlm kandungan ini sihat n selamat dilahirkan. Wpun aku belum mjdi mama lagi, tapi naluri kasih syg pader anak ini telah ader sejak ia wujud dlm rahim aku.

Thursday, July 23, 2009

TAK BERTENAGA

Knpla aku sejak akhir2 ni tak bertenaga, especially bila time waktu bgn tido. Dulu selalunya kul 5 am aku dah bgn. Mesti korang heran knp awalnya aku bgn. . . sbnarnya aku dpd dulu jenis tak leh tido sgt wpun aku penat. Aku mmg kerap terjaga n aku mmg tak bleh terlebih tido. kalau aku terlebih tido otak aku jadi lembab jer tuk berfikir n aku akan rasa tak bersemangat. Tapi skrg ni lain pulak halnya, kdg2 liat pulak tuk bgn n aku tak suka ngan perasaan ni sbb aku akan jadi malas. Adakah ini disbbkan pembawakkan baby dlm perut @ pembawakkan dpd diri aku sndiri...
wahai sifat malas boleh tak ko jauh dpd aku . . .

Wednesday, July 15, 2009

KENAPA

Knp hari ni aku rasa ngantuk n penat sgt. Ngantuknya n tak bertenaga.

Tuesday, July 14, 2009

"Everyone's on equal footing, no matter what kind of shoe you wear"
Sinclair, 1996

Thursday, July 9, 2009

SSF

Hari selasa hari tu aku g SSF, niat di hati tuk beli pasu jer, sbb pasu bunga kat rumah aku pecah. Tapi bila sampai jer saner n tengok ader byk brg2 baru aku pun terkinja-kinjala tempah tempat letak kuih. Dlm niat nak g saner dlm setengah jam terus jadi 2 jam.

Ni la bekasnya . . .



Hari khamis tu pulak niat di hati nak ambil jer bekas tu tapi bila sampai jer ssf aku tempah lagu 2 bunga utk diletakkan di katil aku.

Cantikkan bunga ni . . .

Wednesday, July 1, 2009

SATU HARI DI KEBUN BUAH

Hari Ahad lepas aku mmg dah cadang nak duk rumah ngan husband aku. Rasa malas nak berjalan, lagipun kitaorg kalau takder aper2 nak buat pun mmg suka duk rumah jer ataupun g rumah mak n mak mertua jer. Niat di hati mmg nak masak sedap2 ari tu, aku dah rancang awal2 nak masak nasi ayam n buat pengat pisang, tapi rancangan tu terpaksa dibatalkan sbb mak mertua aku ajak g kebun kutip buah. Seronok gak g saner, tu adalah kali pertama aku g sbgai menantu, sblm ni kalau g saner, aku g sbgai tunang jer. Masa kat saner aku tak dibenarkan merayap sgt, mak mertua aku risau nanti aku terjatuh jadi aku kena duduk n tengok je la diaorg kutip buah. Aku rasa seronok g saner sbb aku maner ader kebun buah lagipun aku mmg suka dikelilingi pokok2 ni, slma ni asyik dikelilingi shopping malls jer, bosan gak kan. Rasa tenang sgt bila g saner sbb mcm2 aku boleh tengok. Aku harap satu hari nanti aku mampu mempunyai kebun buah sndiri sbb mcm2 kita boleh tanam n hasilnyapun kita bleh dpt. My hsbnd n I share the same hobby, kitaog suka bercucuk tanam sbnarnya samada buah ataupun sayur. Skrg niat tu ader cuma menunggu masa jer :)


Wah . . . saper tu? Ni la suamiku yang tengah rajin tolong maknya mengangkat durian. Bagus2 bang teruskan usaha ea...


Byknya . . . durian. Durian tuk jualan. Mak mertua aku jual durian ni $2.50 sekilogram jer.





Mak mertua ku n my abg ipar tengah kutip buah durian.



Yang ni nmpak sgt tengah possing siap sengeh lagi. Mintak maaf ea, jejaka ni bkn tuk dijual ea. Kami hanya jual durian n manggis jer. Jejaka ni Hak milik HARTINI MOHD ROSLI jer tau :)

Friday, June 26, 2009

DEMAM LAGU DI EPSILON

Aku tak tahu naper, tapi majoriti warga Epsilon sgt GILA menyanyikan lagu Anuar Zain "Tinggalkan Aku". Hampir setiap hari diaorg n aku menyanyikan lagu ni. Berhantu sungguh lagu ni, jgn betul2 ader hantu Anuar zain dlm ni dah la.

FIKIRKANLAH

Sanggupkah kau menerima insan yang telah merobek hatimu?

MENGUKIR BAHAGIA

"Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan dirinya sendiri demi kebahagiaan suaminya"

-HANI FAZUHA-

Thursday, June 25, 2009

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN




Aku sbnarnya dah terlampau GEDIK nak tengok ceter ni. Aku mmg minat ceter2 mcm ni sejak dulu lagi. Tapi sejak pregnant ni mak aku tak kasi aku tengok wayang. Bukannya aku tak boleh tengok senyap2 tanpa pengetahuan mak aku tapi aku takut sbb TUHAN kan ader. Walaupun aku bleh tipu mak aku, tapi bila aku ingat TUHAN menyaksikan segalanya aku jadi takut especially time2 skrg ni. Aku ni bknla ALIM atau anak yang BAIK sgt pun, tapi sejak pregnant ni aku lebih memahami sikit sbyk perasaan seorg ibu n pengorbanannya. Wpun tengok wayang tak memberi apa2 kesan pader baby atau ibu tapi aku tak berani nak lawan ckp mak aku. walaupun sbnarnya JIWA aku terseksa setiap kali tengok preview ceter ni. Aku masa bujang2 dulu siap layan wayang sorang2 tau wpun aku dah tengok ceter tu berkali-2. Tapi skrg ni tak leh buat mcm dulu, sbb maner la tahu tiba2 terjadi sesuatu yang tak diingini, mcm maner aku nak jwp. Aku dah ckp ngan husband aku sepanjang berpantang aku nak LAYAN MCM2 movies. Bestnya, tak sabar. . .

KEHENDAK



Cakap pasal kehendak n keinginan, aku rasa semua org mempunyai rasa yang sama. Aku pun apatah lagi, maner2 kwn yang mengenali aku mmg tahu ngan hobby aku iaitu shopping especially kain/baju. Aku paling suka shopping kat SSF, sogo n Jln Tar. Tapi sejak akhir2 ni tabiat shopping tu aku kurangkan sbb nak myambut org baru dlm kehidupan kami. Byk benda kena fikir. Kalau dulu nak beli SK II, Biotherm ataupun Clinique tak yah fikir cukup tak duit tuk bln ni. Skrg ni semua tu jatuh ke tempat terakhir. Masuk bulan 7 ni aku dah pun 8 bulan mengandung. Setakat ni brg tuk baby tak la byk aku beli. Maner yang aku rasa perlu jer aku beli, itu pun berdasarkan pengalaman kwn2. Kbykan brg2 baby aku beli masa kandungan aku dah cecah 7 bln lebih. Itupun ader bbrp brg lagi tak beli. Kdg2 pening jugak kepala bila nak pilih brg2 baby ni. Aku ni bknnya reti sgt pilih brg2 baby n kdg2 mcm buntu tuk pilih brg2 baby. Most of my friends aku tengok diaorg tahu aper yang patut dibeli, aku? seriously hanya dengar n mcm kosong jer fikiran aku bab2 ni. Mgkin sbnarnya aku tengah serabut ngan macam2 hal. Kdg2 aku nmpak jer ader kat sini tapi fikiran aku serabut ngan mcm2 benda. Hari tu masa belek2 brg baby kitaog dah pening kepala nak pilih botol susu maner yang bagus, last2 kitaorg tanya promoter. Promoter kat Parkson tu syorkan kitaorg beli jenama AVENT. Mulanya aku rasa tak perlu kot nak beli botol susu lagi, tapi mak aku ckp beli jer awal. Mula2 aku mmg nak beli botol Anakku tapi ramai yang syorkan jenama tu. Kebetulan ada discount kalau tak jgn HARAP aku nak beli botol tu. Apa lagi ea brg2 baby yang aku kena beli? Mgkin bila baby dah keluar baru aku ader idea aper nak beli.