Friday, June 26, 2009

DEMAM LAGU DI EPSILON

Aku tak tahu naper, tapi majoriti warga Epsilon sgt GILA menyanyikan lagu Anuar Zain "Tinggalkan Aku". Hampir setiap hari diaorg n aku menyanyikan lagu ni. Berhantu sungguh lagu ni, jgn betul2 ader hantu Anuar zain dlm ni dah la.

FIKIRKANLAH

Sanggupkah kau menerima insan yang telah merobek hatimu?

MENGUKIR BAHAGIA

"Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan dirinya sendiri demi kebahagiaan suaminya"

-HANI FAZUHA-

Thursday, June 25, 2009

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN




Aku sbnarnya dah terlampau GEDIK nak tengok ceter ni. Aku mmg minat ceter2 mcm ni sejak dulu lagi. Tapi sejak pregnant ni mak aku tak kasi aku tengok wayang. Bukannya aku tak boleh tengok senyap2 tanpa pengetahuan mak aku tapi aku takut sbb TUHAN kan ader. Walaupun aku bleh tipu mak aku, tapi bila aku ingat TUHAN menyaksikan segalanya aku jadi takut especially time2 skrg ni. Aku ni bknla ALIM atau anak yang BAIK sgt pun, tapi sejak pregnant ni aku lebih memahami sikit sbyk perasaan seorg ibu n pengorbanannya. Wpun tengok wayang tak memberi apa2 kesan pader baby atau ibu tapi aku tak berani nak lawan ckp mak aku. walaupun sbnarnya JIWA aku terseksa setiap kali tengok preview ceter ni. Aku masa bujang2 dulu siap layan wayang sorang2 tau wpun aku dah tengok ceter tu berkali-2. Tapi skrg ni tak leh buat mcm dulu, sbb maner la tahu tiba2 terjadi sesuatu yang tak diingini, mcm maner aku nak jwp. Aku dah ckp ngan husband aku sepanjang berpantang aku nak LAYAN MCM2 movies. Bestnya, tak sabar. . .

KEHENDAK



Cakap pasal kehendak n keinginan, aku rasa semua org mempunyai rasa yang sama. Aku pun apatah lagi, maner2 kwn yang mengenali aku mmg tahu ngan hobby aku iaitu shopping especially kain/baju. Aku paling suka shopping kat SSF, sogo n Jln Tar. Tapi sejak akhir2 ni tabiat shopping tu aku kurangkan sbb nak myambut org baru dlm kehidupan kami. Byk benda kena fikir. Kalau dulu nak beli SK II, Biotherm ataupun Clinique tak yah fikir cukup tak duit tuk bln ni. Skrg ni semua tu jatuh ke tempat terakhir. Masuk bulan 7 ni aku dah pun 8 bulan mengandung. Setakat ni brg tuk baby tak la byk aku beli. Maner yang aku rasa perlu jer aku beli, itu pun berdasarkan pengalaman kwn2. Kbykan brg2 baby aku beli masa kandungan aku dah cecah 7 bln lebih. Itupun ader bbrp brg lagi tak beli. Kdg2 pening jugak kepala bila nak pilih brg2 baby ni. Aku ni bknnya reti sgt pilih brg2 baby n kdg2 mcm buntu tuk pilih brg2 baby. Most of my friends aku tengok diaorg tahu aper yang patut dibeli, aku? seriously hanya dengar n mcm kosong jer fikiran aku bab2 ni. Mgkin sbnarnya aku tengah serabut ngan macam2 hal. Kdg2 aku nmpak jer ader kat sini tapi fikiran aku serabut ngan mcm2 benda. Hari tu masa belek2 brg baby kitaog dah pening kepala nak pilih botol susu maner yang bagus, last2 kitaorg tanya promoter. Promoter kat Parkson tu syorkan kitaorg beli jenama AVENT. Mulanya aku rasa tak perlu kot nak beli botol susu lagi, tapi mak aku ckp beli jer awal. Mula2 aku mmg nak beli botol Anakku tapi ramai yang syorkan jenama tu. Kebetulan ada discount kalau tak jgn HARAP aku nak beli botol tu. Apa lagi ea brg2 baby yang aku kena beli? Mgkin bila baby dah keluar baru aku ader idea aper nak beli.

Tuesday, June 23, 2009

TAG




1.siapa name teman hidup anda?
Nor ALkamarul Bin Adnan


2.berikan 3 sbb anda pilih dia
a) Bertanggungjawab
b) penyayang
c) Memiliki ciri2 suami yang diidam-idamkan


3.sebab tertentu anda sayang sangat same dia
Memahami dan pendengar yang setia


4.senaraikan 3 perkare yg anda buat bile rindu pada dia
1) Call

2) sms

3) Imbau balik kenangan indah bersamanya


5.berikan ciri ciri fizikal yang ade pada die
1) Kacak pada pandangan mataku

2) Bulu mata lebat n melentik-harap2 anak2 kami pun mcm ni :)

3) Mata yang memukau pandangan aku :)-suka sgt tengok mata my hubby. Tak pernah jemu wpun dah 9 tahun (waktu bercinta n kahwin) tengok mata yang sama.


6.ape yg kamu buat jika ex-couple dia tibe2 contact dia
My hubby takder ex-couple, I'm his first love.
Kalau ader-Aku jadi rimau jadian kerjakan dia :)


7.apa pendapat kamu dalam memilih pasangan
Pasangan kita semestinyalah seorg yang memahami kita n mampu mjdi pendengar yang setia. Yang paling penting dia mampu membimbing kita :)



8)sape sasaran tagged ni
pah
intan
kak lin
kak yam
noniey
jet
su
hidayah
kak nieza
n saper2 yang dah berumahtangga

Wednesday, June 17, 2009

ALL MADE WITH FOOD - Amazing






Nyum2 . . . sedapnya
To all my friends cuba click gambar untuk paparan yang lebih menarik. To Noniey n Pah cuba lagi ea, jgn putus asa.

Monday, June 8, 2009

SEDIH

Tomorrow my hsbnd akan balik ke Jengka. Wpun cuti sekolah belum habis lagi tapi my hsbnd kena g sekolah jgk sbb ada kelas tambahan utk bdk2 exam tahun ni. Kesian aku, mkn lepas ni tak ditemani hsbnd yang tercinta :(

Sunday, June 7, 2009

MAKAN NASI

Spnjg korang mgandung aper ea yang korang mkn? Aku mkn jer mcm2 tapi ada benda2nya yang aku elak mkn atas nasihat DR. Korang mkn nasi tak waktu mgandung? Mesti korang mkn kan. Pernah tak korang kena marah sbb mkn nasi waktu mgandung ni? Kejadiaan ni berlaku kat aku. Masa tu aku g lawat saudara aku, dia pun tanya dah mkn ker? Aku pun kata dah mkn nasi td. Tiba2 ada suara yang mencelah,

A: Mkn la nasi nanti anak besar baru tahu n satu lagi bdk skrg ni suka sagt mkn vitamin yang Dr kasi tu pun bleh mybabkan baby besar. Dr mmgla akan kasi mcm2 utk kita mkn. Ikut sgt ckp Dr (dgn nada yang tinggi)

AKU: Terpingga2 sbb terkejut n semestinyala aku senyap sbb yang ckp tu org yang lebih tua dpd aku. Dlm hati aku mcm2 tanda tanya. HMMM betul ker??? Kalau tak ikut saranan Dr habis aku nak dengar ckp saper? Kalau ada masalah si A ni ker yang nak tolong aku nanti? Silap haribulan nanti aku kena blik, manusia ni pandai jer. ckp kalau berdasarkan fakta tak pe la ni aku tak tahula berdasarkan aper.

Aku ni tak berapa arif bab2 ni. Apa pendapat korang betul ker baby besar disbbkan nasi?

RISAU LA

Aku rasa perasaan risau ni mmg akan wujud terhadap semua bakal ibu especially kalau ni anak pertama. Tipu la kalau kata aku tak risau ttg kandungan aku ni. Sekarg ni kndungan aku dah 7 bulan. Mcm2 yang aku risau. Aku harap sgt agar anak yang akan lahir ni sihat, sempurna sifatnya, elok akhlaknya dan dia terhindar dpd segala kemudaratan. Spnjg mgandung ni mcm2 aku dah cuba buat n ikut asalkan tidak memudaratkan aku n baby. Kalau boleh aku nak bersalin secara normal tapi kalau ditakdirkan sbliknya aku terima je ngan hati yang redha. Yang pnting anak yang bakal lahir ni sihat n sempurna n jauhkan la ia dpd segala kemudaratan. Org kata spnjg mgandung ni jgn berpantang sgt sbb nanti masa berpantang lagi teruk. Tapi masa awal2 mgandung tu aku kena la jaga lebih skit kndungan aku ni sbb ada problem skit. Tapi bila kndungan dah cecah 4 bln barula aku berani mkn mcm2. Cuma aku akan hindar mknan yang berangin sbb kesannya mmg teruk kalau aku tak jaga. Pernah sekali tu aku tak tahu mknan yang aku mkn tu mmg kuat anginnya, apalagi semalaman aku kepeningan nasib baik tak pengsan n mlm tu jgk aku muntah ngan teruk sgt. Mak aku dah risau sgt, siap nak hantar ke hospital. Lepas jer muntah n rest skjp, aku pun beransur baik. sejak ari tu aku jaga apa yang aku mkn, takut benda yang sama berulang lagi. Semoga semuanya selamat.

Wednesday, June 3, 2009

LUNCH

Sejak akhir2 ni, aku tak yah fikir nak mkn aper bila waktu lunch sbb my dear husband yang tengah cuti sekolah sgt rajin nak masak utuk wife dia ni. Hari ni my hsband bekalkan aku sup ayam ngan nasi, sedapnya. Hari tu waktu lunch sempat kitaorg masak ayam masak kicap, buncis goreng, ayam goreng n sambal kuining (betul ker ejaan aku ni). Sedapnya...berselera betul ari tu kitaorg mkn. Esok tak tahu lagi, gemuk aku mcm ni. . .asyik mkn jer.

Tuesday, May 26, 2009

MENCINTAIMU

Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Setia menanti
Walau di hati saja...
Seluruh hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Reff:
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya...
Teramat berarti di hatiku
Selamanya...

Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku

Assalammualaikum

Hello friends, nmpaknya semua org tengah sibuk ngan registration bdk2 baru. Bagus2 teruskan usaha anda demi kepentingan kita bersama :)

Friday, May 22, 2009

Assalammualaikum

Assalammualaikum friends, slmt pagi. sajer jer nak update blog :) Selalunya. . . aku mmg tak tahu nak update aper tu la kdg post jer aper yang ada.

Wednesday, May 20, 2009

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DGN LANCAR

Aku berdoa sgt semoga semuanya berjalan ngan lancar. Mak aku ckp bersalin ni umpama separuh diri kita ni menuju kpd kematian. Jadi spnjg proses kehamilan ni, ibu2 yang mengandung patut mempersiapkan diri dgn amalan. Mcm2 benda boleh terjadi pader waktu tu. Takut pun ader bila aku dengar, tapi aku akan cuba untuk tidak memikirkannya. Yang penting kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakal kpdNYA. Mcm ustazahla pulak aku ni. Mcm2 pengalaman yang aku dengar dpd kwn2 aku. Pengalaman dpd mereka yang berpengalaman mmg berguna bagi aku. Sbb wpun situasi kita mgkin berbeza tetapi berpandukan pengalaman org lain kita boleh mempersiapkan diri utuk segala kemungkinan yang ader. Aku berdoa sgt spaya anak yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna. Semoga semuanya berjalan ngan lancar. AMIN

Pantang Larang

Sebelum aku kahwin, aku byk dengar pantang larang yang diguna pakai oleh masyarakat kita dlm kehidupan harian mereka. Kdg2 hal2 yang berkaitan pantang larang ni mjdi satu isu krn adakah ianya masih relevant untuk dijadikan panduan hidup. Cakap sajer pantang larang, mcm2 akan kita fikirkan. Malah kita tak terkecuali dlm bab2 pantang larang ni especially bila kita nak kahwin ataupun mengandung. Masa dekat2 nak kahwin dulu, ader org ckp ngan aku kalau boleh jgnla kerap jumpa nanti basi sbb dah selalu sgt jumpa. Aku senyum jer waktu tu. Tak tahula nak ckp aper, sbbnya kitaorg mmg dah 8 thn berkawan, jadi aku rasa bkn dah takat basi dah tapi tahap batu sungai pun sbb kerap berjumpa utk uruskan mcm2 hal. Apa pendapat korang ttg isu pantang larang ni, aku bknla arif sgt tetapi sekadar untuk menambahkan ilmu.

Mengimbau Kenangan Lalu


Cakap pasal kenangan, mcm2 yang aku ingat. Tapi kenangan yang tak boleh aku lupa adalah sewaktu perkahwinan aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar wpun mgkin ader kekurangan disana sini tapi aku puas hati dgn segala perjalanannya. Seronok sgt bila sanak saudara dpd Perak, Pulau Pinang, Kl, n Terengganu sanggup dtg beramai-ramai memeriahkan majlis aku. Mgkin sbb aku cucu sulung n anak saudara sulung jadi diaorg excited nak dtg. Wpun ader yang tak sihat, tapi diaorg gagahkan jgak utk dtg. Terharu aku bila ramai kwn2 yang sudi dtg tak kirala jauh atau dekat ke majlis aku. Students pun ader yang dtg :) . Ayah, mak n mak tiri aku tak menang tgn melayan tetamu. Hadiah mmg byk aku dpat, n ader yang aku tak pakai lagi. Tak tahu bila nak guna. Byk sgt. Tapi hadiah yang paling aku suka adalah baju pernikahan dpd my parents. Bukan harganya yang membuatkan aku sukakan baju tu, tapi baju tu ader sentimental value yang dtgnya dpd parents aku. Aku beli kain lace tu kat Jakel Jln TAR. Aku sajer2 je cuba, tengok2 mmg cantik n kebetulan mak aku pun berkenan. Tanpa berfikir 2 kali mak aku terus suruh org tu bungkus kain tu. smpai skrg setiap kali aku bukak almari baju, aku mesti tengok baju nikah aku, mcm baru smlm jer nikah :)

Monday, May 18, 2009

6 BULAN LEBIH DAH . . .


Aku pun tak sangka yang kandungan aku ni dah sampai 6 bln lebih. Ader kata perut aku kecik tapi ader kater perut aku besar. Entahla, aku pun tak tahu mana yang betul. Yang penting aku amat suka dgn pembesaran perut aku ni. Bulan2 terindah ni mcm2 aku rasa excited, nervous, happy dan mcm2 lagi. Aku rasa semua bakal ibu dan para ibu akan rasa sama mcm aku. So far sbgai bkal mama, semestinyala aku mahukan yang terbaik utk baby dlm perut ni. Mcm2 aku mkn asalkan berkhasiat utk baby. Wlaupun tabiat makan aku sama mcm sebelum kahwin (aku mmg terlampau kuat mkn) tapi berat bdn aku sgt susah naik. Mcm2 aku mkn untuk naikkan berat bdn aku, sbb skrg ni berat bdn aku baru 45kg. MMg susah nak naik, kalau Dr nak marah aku, aku tak boleh buat aper sbb sejak dpd dulu bdn mmg susah nak naik. Tak tahu la pas ni mcm maner pulak berat aku, kot2 naik berkilo-kilo. Brg2 baby, adalah sikit aku beli itupun aku guna voucher sogo aritu. Aku dijangka due pada 26/8/09 (Wednesday). Hopefully, semuanya selamat n aku harap sgt agar my husband dapat bersama aku waktu aku bersalin nanti. My husband kan ngajar kat Jengka, so spjg aku mengandung ni aku byk berdikarila wpun kdg2 kena drive jumpa Dr sendiri wpun waktu tu keadaan diri aku tak mengizinkan utk aku drive sendiri. Kebetulan waktu tu, adik-2 aku takder, mak aku pulak tak sihat so nak tak nak aku terpaksa bergantung dan bertawakal pada Allahla spya semuanya selamat. Nasib baik aku dah biasa duk sorang dan buat byk benda sendiri, kalau tak haru biru aku. So far spjg mengandung wpun aku ader jugak alahan tapi aku masih mampu buat kerja2 rumah. Aku ni dpd dulu mmg tak boleh duk diam kdg2 siap cuci kete kalau aku rasa tak tahu nak buat aper. Tapi takder la beria-ia mcm pekerja carwash. Tapi skrg ni aku suruh adik aku jer buat, sbb diaorg lagi tak der kejer nak buat, hehehe. Sepanjg aku mgandung ni, aku lebih suka mkn benda2 manis. Husband aku pulak yang mengidam mempelam, sdgkan my darling ni mmg anti mempelam. Makan mempelam mengalahkan aku. Harap2 semuanya berjln ngan lancar.

Selamat Pagi

Selamat pagi dan Selamat Hari Guru semua.

Tuesday, May 12, 2009

Computer

Knpala computer kat pejabat aku ni tak betul jer. Setiap kali aku save kerja mesti tak boleh. Tolongla, smpai aku tumbuh janggut pun tak siap kerja yang simple ni. Antivirus kat sini pun mcm tak menolong langsung. Tolonggg. . .